Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.ram] | ممرم

Definisi : berbunyi (burung merpati dll), mendekut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ram] | ممرم

Definisi : 1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyim­pan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam; ~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.ram] | ممرم

Definisi : menyimpan buah-buahan dsb yg belum masak supaya lekas masak: ~ pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peram
Kata Terbitan : memeram, terperam, peraman, pemeraman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Untuk membuat ikan wadik, ikan perlu diperam bersama-sama garam sekurang-kurangnya selama sebulan". Adakah "diperam" atau "diperap" lebih sesuai dalam konteks ini? Menurut Kamus online, "peram" lazimnya dipakai untuk penyimpan buah-buahan supaya masak. "Perap" pula memang boleh merujuk daging, ikan dan sebagainya, tapi mengikut fahaman umum, biasanya dipakai dalam konteks masakan.Salam sejahtera,

Dalam konteks tersebut, memeram atau diperam adalah lebih sesuai kerana takrif bagi memeram ialah "menyimpan (buah-buahan, ikan dan lain-lain) dalam tempoh yang agak lama setelah dibungkus, dilumurkan dengan garam, ditaburkan bahan kimia dan sebagainya supaya lekas masak, sebati, lebih sedap dan sebagainya."

Sila dapatkan kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020 untuk rujukan kosa kata yang lebih luas dan tuntas.
Makna16.11.2025
1.Adakah terjemahan di bawah sesuai? a. feather: bulu pelepah b. lyrebird: burung lyre c. lark: burung lark 2. Adakah sesuai bunyi kicauan burung sewah padang ditulis sebagai "coo-coo"? Terima kasih banyak-banyak.

Terjemahkan
1.     feather: bulu (pelepah)

        2.     lyrebird: burung lyre

        3.     lark: burung lark

        4.     Untuk soalan keempat, pihak kami tidak dapat memastikan bagaimana bunyi kicauan burung sewah. Sungguhpun demikian, dalam terjemahan bahasa Inggeris, terdapat perkataan coo yang bermaksud berkukur, mendekut dan memeram bagi merujuk kepada bunyi burung merpati.

Penyemakan dan penterjemahan09.08.2018

Kembali ke atas