Salam tuan di talian, Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan perkataan banyak dan ramai dalam ayat di bawah. Ayat Contoh: Banyak orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu. Atau Ramai orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu. Bolehkah tuan terangkan penggunaan yang betul dalam ayat di atas. semoga mendapat jawapan segera. Terima kasih. | Ayat "Ramai orang yang memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan itu" adalah yang paling tepat kerana menggambarkan suasana sambutan tersebut. | Tatabahasa | 14.06.2011 |
Khadijah Hamizah Azmi Jul 3rd, 11:41pm salam selamat sejahtera saya khadijah dri Uniten Muadzam Shah Pada 6 Ogos akan diadakan pesta buku di Uniten, jadi pihak kami ingin menjemput pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memeriahkan pesta buku tersebut. untuk sebarang respon dan pertanyaan boleh hubungi 0139237942. terima kasih | Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . | Lain-lain | 03.07.2014 |
Muhammad Suhaimi Apr 14th, 9:24am Assalamualaikum Tuan/Puan, Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) akan datang kami Akademi Intelektual Muda (AIM) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh di Institut Pendidikan Guru Bangi. Bagaimana sekiranya kami ingin menjemput Ujana Buku DBP untuk turut memeriahkan ruang pameran kepustakaan pada hari program berkenaan? Terima kasih. MUHAMMAD BIN SUHAIMI 019 3977213 | Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP melalui ketuanya Encik Azhar Mohamad Dora, di talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.04.2015 |
saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang istilah Gimik. Contoh: Murid-murid hari ini kita akan melakukan Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan Negara kali ke 56. adakah ayat ini betul atau lebih sesuai ayat kedua ini: Contoh: Murid-murid sekarang ini kita akan melancarkan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke- 56. Ayat kedua tidak menggunakan istilah "Gimik" | Gimik ialah sesuatu tindakan, objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum. Contoh penggunaannya, pengacara memeriahkan suasana majlis dengan pelbagai gimik yang menarik perhatian para tetamu. | Makna | 27.08.2013 |
saya masih keliru tentang penggunaan ramai orang dan banyak orang.boleh tolong bagi contoh ayat bagi kedua-dua frasa ini? | Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, seperti ayat "Ramai orang yang datang memeriahkan Karnival Muhibah pada minggu lepas" manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti ayat "Banyak orang yg telah tercedera dlm kemalangan itu". | Tatabahasa | 10.05.2011 |
bagaimana kita nak bezakan penggunaan untuk suasana dan bilangan bagi kata bilangan ramai dan banyak? | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, seperti contoh ayat: Ramai orang hadir memeriahkan majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini; manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan, seperti contoh ayat: Banyak orang yang pergi mengail ikan di sungai itu. | Tatabahasa | 27.01.2011 |