Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih. | Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain. | Tatabahasa | 13.04.2011 |
Tuan, apakah yang dimaksudkan dengan 'adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian dan kualitatif'? Apakah yang dimaksudkan dengan huraian dan kualitatif itu? Saya mengambil pendekatan, ialah digunakan pada frasa nama manakala adalah pada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Benarkah pegangan saya itu? Terima kasih. | Kualitatif bermaksud berdasarkan kualiti atau berkaitan dengan kualiti. Betul seperti yang puan katakan, kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
A)nama saya ialah Alice B) nama saya Alice ayat mana yang betul? terima kasih | Cik Puan Shuit Sew, Jika dilihat sepintas lalu, kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat (a) perkataan ialah boleh digunakan dan tidak salah jikalau kita tidak mahu menggunakannya (pilihan). Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis sifatnya ialah: (a) Nama saya ialah Alice. ( Nota: perkataan ialah dalam ayat tersebut merupakan kata pemeri/tugas yang berfungsi sebagai penerang atau memerihalkan namanya ialah Alice ). | Tatabahasa | 01.06.2009 |
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya? | Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan. | Lain-lain | 02.12.2013 |