Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peri2
Kata Terbitan : berperi-peri, memerikan, terperi, terperikan, pemerian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam satu malaysia, saya tertarik dengan buku teks Bahasa Malaysia KSSR tahun 1 yang diterbitkan oleh DBP (2013) m.s 76 dan 77. walau bagaiamanapun, saya kurang faham penggunaan 'akan' dalam ayat tersebut iaitu; 1. saya suka akan warna warna biru ( m.s 76) 2. Tawi gemar akan warna merah ( m.s 77) bolehkah ayat tersebut ditulis tanpa menggunakan perkataan 'akan' iaitu saya suka warna biru sahaja?Perkataan "akan" digunakan untuk menunjukkan ayat yang gramatis dan untuk memerikan unsur emotif.Untuk makluman saudara, perkataan "akan" digunakan di hadapan kata nama (bukan kata kerja) sahaja. Oleh itu, tidak salah sekiranya ayat tersebut berbunyi " Saya suka warna biru".Tatabahasa05.06.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakah perbezaan/ cara penggunaan yang betul bagi kata - kata di bawah? 1) Di / Pada 2) Dalam / Di dalam 3) Antara / Di antara 4) Dari / Daripada 5) Ialah / Adalah 6) Memerikan / Memerihalkan Terima kasih didahulukan.1">Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya 2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah... 3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. 4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama daripada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.1">Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.1">Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memerihalkan bermaksud mengisahkan, mencerita­kan, menyatakan (tentang sesuatu) dengan jelas,menerangkan, menghuraikan. Memerikan bermaksud 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal) 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan;1">1"> Tatabahasa08.07.2016
Adakah DBP menerbitkan kamus yang memberi definisi perkataan-perkataan bersertakan golongan kata seperti yang telah diterbitkan oleh pelbagai kamus bahasa Inggeris (Oxford, Longman, dll.)? Contoh: Makan - 1. (kata kerja) perbuatan.... 2. (kata nama) santapan... Sesetengah perkataan yang dicari di halaman Carian Kata PRPM tidak mempunyai paparan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan "punya" tidak diberi golongan katanya di halaman tersebut, tetapi hanya diberi penjelasan definisinya. Paparan golongan kata mampu meyenangkan lagi tugas penyelidik dalam bidang linguistik seperti saya. Terima kasih.

Untuk makluman tuan, DBP telah menerbitkan buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan: Edisi Baharu, 2008 yang memerikan perkataan berserta dengan golongan kata. Sebagai contoh, perkataan makan diberikan pemerian dan golongan kata berserta kata terbitan yang terhasil pada halaman 538 manakala perkataan punya pada halaman 681.

Bagi penyelidik linguistik seperti tuan, kami cadangkan tuan mempelbagaikan sumber rujukan bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih tuntas.

Tatabahasa04.06.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan, PERMOHONAN CADANGAN/NASIHAT PENAMAAN ANUGERAH PRESTASI Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan perbualan dengan pegawai DBP tempoh hari adalah berkaitan. 2. Untuk makluman tuan/puan, pihak JPA telah mencadangkan beberapa anugerah yang akan diperkenalkan pada tahun ini kepada pegawai yang layak untuk tujuan penganugerahan berdasarkan prestasi pegawai semasa. 3. Sehubungan itu, pihak JPA ingin memohon jasa baik dan bantuan pihak tuan/puan untuk memerikan cadangan serta nasihat bagi penamaan anugerah yang akan diperkenalkan tersebut. 4. Bersama-sama ini disertakan Lampiran berhubung maklumat anugerah yang akan diperkenalkan untuk tindakan tuan/puan selanjutnya. 5. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Mohamed Fathi bin Che Sarimuzi Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Prestasi No. Tel: 03-88853489 Emel: fathi.sarimuzi@jpa.gov.my

PENCALONAN ANUGERAH BAHARU PRESTASI PEGAWAI JPA

 

1.   Anugerah Kecemerlangan JPA – (AKJPA) (Cadangan/Nasihat Nama Anugerah oleh DBP – Anugerah Gemilang Jasa/Anugerah Khidmat Kirana)

 

2. AAnugerah Lama Berkhidmat – (ALB) (Cadangan/Nasihat Nama Anugerah oleh DBP – Anugerah Kencana/Anugerah Khidmat Kencana)

 

3.   Anugerah Pegawai Kehadiran Terbaik (APKT) (Cadangan/Nasihat Nama Anugerah oleh DBP – Anugerah Nirmala/Anugerah Hadir Nirmala)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lain-lain18.01.2023

Kembali ke atas