Mohon berikan pandangan bagi ayat berikut: 1) Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya mengandungi cecair; 2) Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya cecair. Manakah ayat yang betul? | Kedua-dua ayat 1. Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya mengandungi cecair dan 2. Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya cecair betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 06.06.2021 |
apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat. Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. | Istilah | 14.07.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan tepat bagi 1. Bespoke survey 2. Visioning workshop Saya memeriksa dan dapati 1. Bespoke survey merujuk kepada survey yang telah dipesan terlebih dahulu. Saya tidak pasti apa panggilan khas perkataan ini dalam Bahasa melayu. 2. Visioning workshop merujuk kepada Bengkel Wawasan tetapi saya tidak pernah menemui perkataan ini. Bolehkah saya mendapatkan penjelasan lanjut? Tkasih. | Padanan bagi istilah bespoke survey ialah tinjauan reka khas; tinjauan khusus.Padanan bagi istilah visioning workshop ialah bengkel wawasan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 12.08.2022 |
adakah pengguna bahasa saya di bawah ini benar? Mintak jasa baik tuan puan untuk memeriksa dan memperbetulkannya. Sekian. Tuan/Puan, Berkenaan perkara diatas, saya meminta jasa baik Tuan / Puan untuk memeriksa penggunaan bahasa saya di atas baner yang akan saya hantarkan kepada dewan bahasa untuk mendapatkan sijil. Ayat di atas baner tersebut adalah seperti berikut:- Pilihan=Dorsett 50% untuk tempahan bilik ke-2 Tempahan & Tempoh Penginapan: 1 Julai sehingga 30 September 2015 Pekej mengikut Terma & Syarat memohon Ayuh! Nikmati Raja Buah 8 & 9 Ogos 2015 12tgh – 4ptg RM60.00+ Dewasa RM30.00+ Kanak-Kanak Diskaun 25% untuk bilik | Sila kemukakan permohonan tuan berserta visual melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 06.07.2015 |
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1. Dalam perjalanan/perjalanannya pulang 2. Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannta yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4.Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyer sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5.Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai Si Buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata Si Monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu tentu akan demam jika berpanas dia bawah matahari terik. 8.Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat. | Ayat yang betul ialah: 1. Dalam perjalanan pulang... 2. Setelah memeriksa sangkar beruang Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa beruang Dodo telah terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika beruang Dodo terlepas kemungkinan beruang Dodo akan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4. Sedang si buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5. Tiba-tiba, si buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala si monyet. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai si buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata si monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu pasti akan demam jika berpanas dia bawah matahari yang terik. 8. Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat.
| Tatabahasa | 18.12.2018 |
Diminta khidmat nasihat DBP untuk memeriksa susunan ayat dan ayat terbaik untuk pernyataan ini. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Makna | 10.03.2017 |
Slm, Mohon pihak tuan memeriksa sama ada ayat di bawah ini betul atau tidak: 1)main air hujan atau main hujan 2)zaman sains maju dan teknologi tinggi (sains huruf besar atau kecil?) 3)makna kebersihan - tidak kotor tq :) | 1. Kebiasaannya disebut "main hujan" 2. Zaman sain: sains dieja dengan huruf kecil 3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kebersihan bermaksud "keadaan bersih (tidak kotor) | Istilah | 12.06.2015 |
Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'? | 1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut. 2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2. meninjau semula 3. memeriksa barisan 4. mengulas, membuat /ulasan, resensi | Makna | 14.01.2017 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
Apa maksud 'pemantauan"? | Saudara, Perkataan pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.07.2009 |