apa perbezaan antara menyiasat dan menyelidik | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan menyiasat bermaksud 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat. Perkataan menyelidik pula bermaksud 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk mendapat keterangan dsb tentang sesuatu: beberapa orang pakar sedang ~ kemungkinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. | Istilah | 14.07.2009 |
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaian | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. | Istilah | 30.07.2009 |
Apa maksud 'pemantauan"? | Saudara, Perkataan pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.07.2009 |
ingin cari perkataan memantau | Mengikut Kamus Dewan "memantau" memberi makna = 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; | Makna | 26.06.2008 |
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai" | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll). Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 16.02.2012 |