Apakah jawapan bagi soalan ini. Salman ___________ perlahan-lahan butang yang yang terdapat pada telefon bimbitnya. Jawapan yang diberikan ialah memicit. Mengapa tidak menekan jawapannya? | Jawapan bagi soalan tersebut ialah memicit. Merujuk Kamus Dewan, perkataan memicit merujuk kepada perbuatan menekan-nekan dengan jari | Lain-lain | 25.08.2015 |
Apakah perbezaan antara memicit-micit dan mengurut-urut? Datuk ( ) kakinya yang lenguh selepas balik dari kebun. Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat tersebut? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud memicit-micit ialah mengurut (badan dan sebagainya) manakala mengurut-urut pula bermaksud mengurut berulang kali. Maka kedua-dua istilah ini boleh digunakan bagi contoh ayat yang diberikan. | Makna | 12.08.2016 |
assalam. Saya ingin tahu adakah betul ayat ini. Mak Mah berkali-kali memicit-micit kakinya. Kedua, adakah perkataan mencukup boleh digunakan dalam ayat ini. Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi. | Ayat yang gramatis ialah "Mak Mah berkali-kali memicit kakinya" dan "Bekalan rumput di ladang itu tidak mencukupi". | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Salam sejahtera. Wanita itu sedang _________ kelapa untuk mendapatkan santannya A) memerah B) meramas Merujuk kamus dewan perkataan meramas juga bermaksud memerah. Yang mana satu betul dan apa perbezaannya? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1808 dan 1672, ramas bermaksud menggumpal atau memerah (adunan, kelapa parut, nasi dan sebagainya) manakala perah bermaksud memulas, memicit dan sebagainya (sesuatu) untuk mengeluarkan air, jus, susu dan sebagainya. Oleh itu, kedua-dua perkataan perah dan ramas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih tepat ialah “Wanita itu sedang memerah kelapa parut untuk mendapatkan santannya” atau “Wanita itu sedang meramas kelapa parut untuk mendapatkan santannya”. | Makna | 04.12.2024 |
Salam, saya telah menjumpai notis yang bertulis "Dilarang!!! Mengsquishy Squishy" di sebuah kedai yang menjual permainan. Minta alternatif bagi kenyataan ini dalam bahasa Melayu yang betul. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan “mengsquisy” tiada dalam bahasa Melayu. Antara cadangan padanan ayat bahasa Melayu yang sesuai ialah: 1. Dilarang memicit objek ini. 2. Dilarang menekan objek ini. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 29.03.2021 |