Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), meman­cing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.kat] | مميکت

Definisi : 1 menangkap burung dll dgn menggunakan burung yg jinak sbg denak: Ketika di kampung dahulu, saya suka benar ~ burung serindit bersama kawan-kawan. 2 melakukan sesuatu utk menarik minat atau utk menarik hati orang: Dia berjaya ~ gadis yg dicintainya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Kalau memikat burung bayan,
     Jangan pula dijual beli;
Biar jadi telinga tempayan,
     Jangan jadi telinga kuali.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak memikat balam,
     balam jugalah penunggunya.

Bermaksud :

Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sangat menarikMakna menarik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll).Makna10.12.2009
Tuan , Apakah maksud : pujuk rayuPujuk rayu atau berpujuk bermaksud saling memakai kata-kata yang manis untuk memikat hati.Makna13.10.2011
Adakah ayat-ayat di bawah betul dan tepat? (a) Karipap itu sudah cepat dimakan oleh adik. (b) Kelembutan gadis itu memikat hati abang.Ayat yang betul: (a) Karipap itu dimakan dengan cepat oleh adik. (b) Betul.Tatabahasa12.12.2015
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona'

Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah.

mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian:

Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Makna03.07.2009
Apakah beza mengikut dan mengikuti?Moho penjelasan. Terima kasih.Untuk makluman, “mengikut” bermaksud “pergi bersama-sama dengan”. Contoh dalam ayat, Budak itu "mengikut" ayahnya ke hutan memikat burung.”  Manakala “mengikuti” bermaksud “turut di belakang orang”. Contoh dalam ayat, Dia "mengikuti" ayahnya keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi”.Tatabahasa20.05.2020
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Peluang pekerjaan sentiasa (buka) luas kepada penganggur. (b) Karipap itu sudah (cerah) dimakan oleh adik. (c) Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan (cerah) kehidupannya. (d) (Lembut) gadis itu memikat hati abang. (e) Suasana pagi itu sungguh (lembut) dan damai. (f) Layang-layang yang ditiup angin itu telah (jalan) dengan pantas ke udara. (g) Taman sains itu telah mendapat (jalan) daripada Guru Besar supaya diteruskan. (h) Hatinya menjadi (buku) apabila mendapat tahu berita itu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Adakah perkataan "tawari" itu betul? atau kita haya boleh menggunakan menawari?Istilah tawari tidak wujud dalam sistem kami. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud menawari ialah mem­berikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada, mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari, atau memujuk, memikat, menambat (hati perempuan). Istilah27.12.2016
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan.

 Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir).

Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti.   

Makna01.08.2008
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
12

Kembali ke atas