Soalan: Kamu boleh memilih baju ini. Kamu boleh memilih baju itu. Yang mana betul? 1. Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu. 2. Kamu boleh memilih baju ini atau itu. Tolong berikan sebab ?Terima kasih | Ayat yang lebih sesuai "Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu". | Tatabahasa | 27.05.2015 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membeli. 2. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membelinya. | Kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi "seorang lelaki memilih sotong untuk dibeli". | Tatabahasa | 12.06.2014 |
pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. "Awak hendaklah memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan,"kata Cikgu Fadli A. Murid-murid hendaklah memilih calon yang benar-benar layak sahaja seperti yang diminta oleh Cikgu Fadhli. B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan. | Ayat yang tepat ialah B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
apakah perbezaan antara yang dan ,yang? Cth: memilih satu bahagian daripada buku yang terdiri daripada empat ayat & memilih satu bahagian daripada buku, yang terdiri daripada empat ayat | Ayat yang betul ialah ...memilih satu bahagian yang terdiri daripada empat ayat dalam buku. | Tatabahasa | 29.01.2015 |
Aku memilih hidangan yang tersedia di situ. Aku segera membayarNYA lalu pergi. Sekiranya perkataan "nya" hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja, adakah wujud perkataan lain yang boleh digunakan untuk ayat di atas? | Untuk menggantikan perkataan NYA dalam ayat tersebut, tuan boleh membina ayat seperti berikut: Aku segera membayar harga hidangan tersebut lalu pergi. | Tatabahasa | 12.10.2021 |
Kita perlu memilih berus gigi dan pes gigi yang sesuai. Adakah toothpaste boleh diterjemahkan kepada pes gigi ? Terima kasih. | Pes gigi tidak boleh digunakan untuk "toothpaste". Padanan bahasa Melayu yang betul ialah ubat gigi. | Istilah | 23.03.2016 |
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.” Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak. | Tatabahasa | 06.02.2024 |
Apakah maksud " seorang itu memilih segmen yang menjanjikan keuntungan"? Contoh ayat: Pemasar memilih segmen yang menjanjikan keuntungan dan memfokuskan usaha pemasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna segmen. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "segmen" ialah "bahagian atau penggal." Contoh segmen yang dimaksudkan di sini seperti segmen radio, berita dan sebagainya yang memberikan keuntungan apabila melakukan pemasaran yang dikehendaki. | Makna | 21.12.2021 |
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku. | Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Saya memilih dia berbanding kamu. Ayat ini betul atau salah? | Ayat ini tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah Saya memilih dia, bukan kamu. | Tatabahasa | 11.06.2016 |