Soalan: Kamu boleh memilih baju ini. Kamu boleh memilih baju itu. Yang mana betul? 1. Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu. 2. Kamu boleh memilih baju ini atau itu. Tolong berikan sebab ?Terima kasih | Ayat yang lebih sesuai "Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu". | Tatabahasa | 27.05.2015 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membeli. 2. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membelinya. | Kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi "seorang lelaki memilih sotong untuk dibeli". | Tatabahasa | 12.06.2014 |
1. Ibu memilih buah epal lalu lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. Sila tanya betulkah ayat di atas. termina kasih | Ayat yang betul ialah "Ibu memilih buah epal lalu memasukkannya ke dalam plastik." | Tatabahasa | 27.11.2022 |
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku. | Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.” Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak. | Tatabahasa | 06.02.2024 |
Sila nasihat untuk memilih No. 1 atau No. 2. Bersama dengan surat ini kami melampirkan dokumen-dokumen berikut sebagai rujukan Tuan/Puan: 1) Satu salinan lesen perniagaan masing masing. ATAU 2) Satu salinan lesen perniagaan untuk setiap premis perniagaan. | Ayat yang lebih sesuai ialah nombor 2. | Lain-lain | 08.08.2016 |
Assalamualaikum Mohon penjelasan tentang membahaskan dan memperbahaskan | W'salam. 1. Membahaskan: 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi; 2. Memperbahaskan: menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. Sekian, terima kasih | Makna | 06.08.2016 |
apakah perbezaan antara yang dan ,yang? Cth: memilih satu bahagian daripada buku yang terdiri daripada empat ayat & memilih satu bahagian daripada buku, yang terdiri daripada empat ayat | Ayat yang betul ialah ...memilih satu bahagian yang terdiri daripada empat ayat dalam buku. 1"> 1"> | Tatabahasa | 29.01.2015 |
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP! | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan. | Makna | 14.02.2012 |