Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan.

2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak".
Tatabahasa19.04.2012
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku.Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku.Tatabahasa09.05.2012
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP!Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan.Makna14.02.2012
Saya ingin bertanya, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Pertandingan cerita atau.. 2. Pertandingan bercerita

Kedua-duanya betul. Sekiranya pertandingan untuk memilih cerita terbaik sama ada cerita pendek atau cerita seram, pertandingannya ialah Pertandingan Cerita Pendek atau Cerita Seram. Sekiranya melibatkan pencerita dan tujuan pertandingan adalah untuk memilih pencerita dan cerita terbaik maka pertandingannya ialah Pertandingan Bercerita.     

Tatabahasa15.04.2009
salam sejahtera tuan, setelah merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, Saya masih keliru dengan penggunaan kata pemeri untuk yang terdapat soalan peperiksaan SPM 2012 ini, Ayat (a) Perbelanjaan untuk sewaan adalah ¾ daripada perbelanjaan pengangkutan (SPM Matematik kertas 1 soalan 28). Ayat (b) Diberi kebarangkalian memilih guli ialah 1/6, cara kebarangkalian memilih sebiji guli yang bukan putih (SPM Matematik kertas 1. Maklumat untuk calon, Muka surat 32). Ketidaktekalan penggunaan kata pemeri di atas mengelirukan. Adakah 'ialah' sepatutnya diletakkan di hadapan kata bilangan pecahan bagi kedua-dua ayat tersebut'? Harap mendapat tunjuk ajar dan penjelasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.
Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan.

Ayat yang  betul ialah ayat (b).Diberi kebarangkalianmemilih guli ialah 1/6 ,...
Tatabahasa30.08.2013
1) Saya masih keliru dengan pilihan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan semalam berkaitan dengan geluk. Mengapakah pihak tuan memilih jawapan geluk sedangkan gayung menurut kamus dewan juga bermaksud pencedok air daripada tempurung yang bertangkai/sibur.Mengapakah jawapan gayung kurang tepat?http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gayungKami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Berdasarkan definisi tersebut, gayung perkataan yang tepat bagi gambar yang dilampirkan.Tatabahasa09.07.2013
TUAN/PUAN, ADAKAH DBP YANG MEMILIH BAHAN SASTERA YG DIGUNAKAN DLM PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 SEPERTI YG ADA SEKARANG? BETULKAH BAHAN2 SASTERA ITU AKAN DITUKAR? JIKA BENAR BILA DAN APAKHAH BAHAN2 YG BARU ITU?Bahan sastera untuk KOMSAS diuruskan oleh Biro Buku Teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak KPM telah melantik panel berwibawa untuk menentukan bahan-bahan tersebut. Untuk pengtahuan saudari, KOMSAS yang adakan hari ini akan ditukar dengan teks yang baru bermula pada tahun 2010. Sekian, terima kasih.Lain-lain14.04.2009
Salam, kami memerlukan khidmatnasihat bagi memilih tema konvo kolej ini. Berikut disertakan cadangan. yang manakah yang paling sesuai dan apakah susunan dan tatabahasa adalah betul. 1. Menjana Transformasi Graduan Berinovasi 2. Graduan Berinovasi Menjana Transformasi 3. Transformasi Ke Arah Graduan Berinovasi Terima kasih.
Tema yang paling sesuai digunakan ialah ' Graduan Berinovasi Menjana Transformasi'
Tatabahasa14.08.2012
Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kuala Lumpur ingin bertanyakan tentang terjemahan. Pihak kami akan mengadakan satu kempen keselamatan yang dinamakan 'Walk of Life" bertemakan 'Make Road Safe'. Akan tetapi pihak kami memilih untuk menukarnya kepada Bahasa Melayu. Kami harap pihak DBP dapat memberi terjemahan yang paling tepat atau sesuai bagi nama kempen kami. Sekian.Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat". Bagi "Make Road Safe" ialah "Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda" Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks.Istilah02.11.2011
Kepatuhannya kepada ketua tidak boleh dibuat perbandingan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerbandingan bermaksud 1. imbangan, perimbangan, persamaan; dan 2. ibarat. Penggunaan perkataan perbandingan tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
1234

Kembali ke atas