saya meminati bidang penulisan dan telah menghasilkan beberapa puisi moden. saya ingin tahu adakah puisi-puisi ini layak dan menepati kriteria yang telah ditentukan bagi menyertai kumpulan penulis dewan bahasa dan pustaka. bersama-sama ini disertakan satu contoh puisi ciptaan saya sendiri. diharap pertanyaan ini mendapat respon dari pihak tuan bagi memberi komen atau mengiktiraf hasil penulisan saya sekiranya layak.sekian, terima kasih.. | Puisi-puisi yang saudara hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekiranya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan. | Lain-lain | 14.11.2010 |
saya amat meminati bidang penterjemahan dan ingin mengikuti kursus tersebut.bila di google perpapar DBP tetapi bila dilayari laman webnya, tiada info ttgnya.DBP ada tawarkan kurus tsb?Bila, di mana dan berapa kosnya?saya fasih bhs ingg. dan jg bhs melayu dan merupakan seorg guru di sek menengah di shah alam.harap dpt membantu.terima kasih. | Kursus penterjemahan secara insentif ditawarkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) melalui talian 03-4149 7210 atau Persatuan Penterjemah Negara (PPM)-(03- 21424381)/Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia. DBP menawarkan Kursus Penataran Bahasa Melayu: Bahasa Melayu dalam Penterjemahan, dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puan Faridah Ab. Rahman melalui talian 03-2147 9220 (Akademi DBP). | Lain-lain | 29.01.2014 |
Rosmah amat meminati profesion perguruan/profesion keguruan? yang mana satu betul? apakah maksud kedua-dua kata tersebut? saya masih tak faham lepas rujuk kamus untuk kedua-dua makna kata tersebut. | Yang betul ialah profesion keguruan. Keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan dll) sebagai guru. Manakala perguruan bermakna sekolah, tempat belajar; pengajaran; yang berkaitan dengan guru seperti maktab. | Makna | 09.07.2008 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |
Saya seorang yg meminati bidang penulisan,bagaimanakah saya menonjolkn bakat saya ini?Apakah ada cara DBP membantu saya menggilap bakat dlm bidang penulisan? terima kasih. Anizah | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran dengan tempat/kawasan sdr. iaitu: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. No. telefon : 088-439314, faks: 088-439732. Antara pegawai DBP Cawangan Sabah yang boleh dihubungi ialah Encik Nadin @ Maidin Haji Salleh (tel: 088-439260, e-mel: nadin@dbp.gov.my) atau Encik Noordin Zainal Abidin (tel: 088-439260, e-mel: noordinz@dbp.gov.my) Selamat berkarya dan berjaya! Salam. | Lain-lain | 21.09.2008 |
Saya mempunyai adik seorang oku. Beliau meminati menulis cerpen dan puisi. Bolehkah dia menghantar hasilnya ke dbp? Dia juga minat untuk belajar lebih lanjut tentang penulisan bahasa melayu. Adakah dbp mempunyai kursus atau latihan yang boleh beliau ikuti? | 1. Tuan/Puan boleh kemukakan karya kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya tuan/puan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan. 2. DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 11.01.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana saya dapat menyertai DBP sebagai penulis atau karyawan kerana saya amat meminati bidang penulisan puisi dan cerpen. Saya juga ingin menghasilkan novel saya sendiri. Semoga pihak tuan dapat memberi serba sedikit maklumat kepada saya. Terima kasih. | Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur jika sasaran pembaca saudara terdiri daripada orang dewasa, andainya sasaran pembaca saudara kanak-kanak dan remaja, karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekiranya saudara perlukan bimbingan untuk berkarya, saudara boleh menghubungi Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk maklumat lanjut tentang kursus penulisan yang dikendalikan oleh bahagian tersebut. | Lain-lain | 03.12.2009 |
Diharapkan pihak DBP dapat menyediakan platform(buku, e-book, pdf) untuk perkataan bahasa melayu lama(sanskrit, klasik dll). Saya meminati untuk belajar bahasa | DBP belum menghasilkan satu terbitan khusus seperti buku atau risalah senarai kata yang bersumberkan kata Sanskrit atau klasik. Walau bagaimanapun sebagai pelajar yang minat untuk belajar bahasa tuan boleh menyemak kamus dan mencari perkataan yang dilabelkan dengan ark (arkaik) dan sl (sastera lama) kerana kata-kata ini dikategorikan sebagai kata klasik (ada juga yang bersumberkan kata Sanskrit) dan sebahagian daripadanya sudah jarang digunakan. | Lain-lain | 27.09.2019 |
Sila jawab soalan di bawah. Arahan terbaharu itu datang---- Bahagian Kewangan pejabat tersebut. A dari B daripada 2.Pemuda itu---- batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A menarah B menakik 3. ---- semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. A Tidak B Bukan. Mohon beri penjelasan untuk semua jawapan. | 1. Arahan terbaharu itu datang___________ Bahagian Kewangan pejabat tersebut. Jawapan A. dari (kata sendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu) 2. Pemuda itu__________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. Jawapan A. Menarah (meratakan kayu dan sebagainya dengan kapak dan lain-lain. 3. 3. __________ semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. Jawapan B. Bukan (Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. | Lain-lain | 29.08.2015 |
Salam sejahtera, tuan, Merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 (SJK) (terbitan DBP tahun 2004) halaman 33 yang mengandungi aktiviti menyusun semula ayat-ayat yang berikut mengikut susunan yang betul, 1. Jurulatih banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ying Xi. 2. Ying Xi amat meminati acara sukan gimnastik. 3. Ibu bapa Ying Xi yakin bahawa suatu hari kelak anak mereka akan mewakili negara. 4. Dia belajar gimnastik sejak tahun satu. 5. Mereka sentiasa memberikan galakan kepada Ying Xi supaya rajin berlatih. 6. Jurulatihnya itu seorang bekas gimnas negara. 7. Bakat Ying Xi semakin menyerlah dan meningkat maju. Guru BM memberikan jawapan - 2, 4, 3, 5, 6, 1, 7. manakala guru BM lain memberikan jawapan - 2, 4, 6, 1, 7, 3, 5. Jadi, apakah jawapan yang tepat, tuan? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Pihak puan/tuan perlu merujuk guru yang berkenaan bagi memperoleh jawapan yang tepat. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.03.2012 |