Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ming.gir.kan] | مميڠݢيرکن

Definisi : mengesampingkan, menge­tepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meminggirkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, boleh nyatakan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu di Malaysia? dan apakah cabaran yang paling utama sehingga mengkehendaki DBP meneruskan program-program memertabatkan bahasa Melayu terutama sekali di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera? Terima Kasih.Banyak cabaran yang dihadapi oleh DBP khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Antara faktor utama ialah isu globalisasi yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai ranah kehidupan. Ditambah pula, dengan kewujudan institusi pendidikan swasta yang seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikannya. Oleh itu, DBP mengharapkan pihak yang berwewenang perlu memahami dan komited dalam menjayakan dasar bahasa negara. Apatah lagi bahasa Melayu telah disepakati sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa

Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik.

Istilah17.08.2010

Kembali ke atas