Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.jam.kan] | ممينجمکن

Definisi : memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.jam.kan] | ممينجمکن

Definisi : memberikan sesuatu utk dipinjam: Dia telah ~ sebuah buku hadis kpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang Macam mana hendak membezakan imbuhan me-...-i dan me-...-kan? Saya mendapati bahawa contoh ayat dalam kamus dewan dan pelita bahasa berbeza kegunaannya. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini gramatis? a. Dia pula tidak sepi drpd meminjamkan beras atau wang kpd tetangganya. (Kamus Dewan) b. Usahawan itu meminjamkan Ah Long wang. (Pelita bahasa) Selepas imbuhan me-...-kan, perlu diikuti dengan objek yang bernyawa atau tidak? Dalam pelita bahasa juga mencatatkan ayat "Usahawan itu meminjamkan wang daripada Ah Long" tidak gramatis. Jadi, ayat yang berikut yang manakah gramatis? a.) Ali meminjamkan Ravi nota-nota kuliah. atau b.) Ali meminjamkan nota-nota kuliah kepada Ravi. Sekian, terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 1212), maksud 'meminjamkan' ialah memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam. Daripada contoh ayat yang dibertikan, ayat yang gramatis ialah meminjamkan wang atau meminjamkan nota. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 190 - 217.

Tatabahasa03.06.2010
Tolong betulkan ayat-ayat yang berikut (a) Saya meminjamkan Ali sebuah buku. (b) Saya mengepam angin ke dalam tayar. (c) Saya mengepamkan tayar dengan anginAyat yang tepat.

1. Saya meminjamkan sebuah buku kepada Ali.
2. Ayat (b) dan (c) tidak boleh dibetulkan.
Tatabahasa21.11.2015
Ayat-ayat yang berikut yang manakah betul dan gramtis? (a) Saya meminjamkan Ali sebuah buku. (b) Ali meminjam buku. (c) Saya mengepam angin ke dalam tayar. (d) Saya mengepamkan tayar dengan anginAntara keempat-empat yang diberikan, ayat yang gramatis ialah:

(b) Ali meminjam buku.
Tatabahasa15.11.2015
apakah maksud bagi `lepas daripada mulut buaya , masuk ke mulut harimau` apakah kesalahan bagi ayat berikut dari struktur ayat atou tatabahasa ~sali meminjam pinggan mangkuk yang baru dibelinya kepada kakaknya. ~nathan ialah pelajar tertinggi di kelas ituMakna peribahasa tersebut ialah seseorang yg terlepas dari sesuatu bahaya, akhirnya akan berhadapan dengan bahaya yg lain pula. Sepatutnya, Sali meminjamkan pinggan mangkuk yg baru dibelinya kepada kakaknya. Nathan merupakan pelajar tertinggi di kelas itu. Terima kasih. Makna25.09.2008
Jika kaunter pinjaman buku betul.. mengapa kaunter bayaran salah? Tetapi kaunter pembayaran yang digunapakai. Jika kaunter pembayaran diterima.. mengapa kaunter peminjaman tidak diterima?Untuk makluman tuan, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pinjaman bermaksud barang dan lain-lain yang dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yang diberikan kepada seseorang dan lain-lain untuk  sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang.

Manakala peminjaman ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) memin­jam atau meminjamkan. Dalam bidang perpustakaan, terdapat istilah charging counter yang mempunyai padanan bahasa Melayu sebagai kaunter peminjaman.
Tatabahasa16.04.2014
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul dan persis ialah David amat keberatan  untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian  yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010

Kembali ke atas