meminta diri daripada Encik Lim atau meminta diri kepada atau meminta diri dengan? | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah 'meminta diri daripada Encik Lim' | Tatabahasa | 19.01.2013 |
Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | 1. Dia menjerit meminta tolong. 2. Dia menjerit meminta pertolongan. Kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Yang manakah satu betul, "meminta maaf daripada" ataupun "meminta maaf kepada". Ada buku rujukan yang menggunakan salah satu daripadanya dan kadang-kadang ada juga buku kerja yang mengatakan "meminta maaf kepada" yang patut digunakan. | Salam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah "meminta maaf daripada." Untuk makluman, kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad. Sendi nama 'daripada' juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Manakala, kata sendi nama 'kepada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Contoh, Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
Ayat manakah yang betul? A) meminta maaf kepada Ali B) meminta maaf daripada Ali Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Meminta maaf daripada Ali". | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Yang manakah betul? a)Airul meminta maaf kepada Alia; atau b)Airul meminta maaf daripada Alia | Ayat yang betul, Airul meminta maaf daripada Alia. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
Salam sejahtera, Yang manakah betul? a) meminta maaf kepada Ali b) meminta maaf daripada Ali Terima kasih. | Ayat yang betul ialah b) meminta maaf daripada Ali. | Tatabahasa | 20.01.2012 |
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf? | Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Saya ingin kepastian penggunaan yang mana satukah yang tepat iaitu sama ada kita 'meminta maaf kepada ibu atau ayah' ATAU 'meminta maaf daripada ibu atau ayah' | Yang tepat ialah: meminta maaf daripada ibu dan ayah. | Tatabahasa | 11.04.2008 |
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat. | Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 18.04.2013 |