Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | 1. Dia menjerit meminta tolong. 2. Dia menjerit meminta pertolongan. Kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Salam sejahtera. 1) Saya meminta maaf daripada ibu. 2) Saya meminta maaf kepada ibu. Ayat yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Saya meminta maaf kepada ibu." | Lain-lain | 22.02.2023 |
Ayat manakah yang betul antara berikut? 1. Abu meminta maaf kepada ibu bapanya. 2. Abu meminta maaf daripada ibu bapanya. Bolehkah saya tahu mengapa ayat itu betul atau salah dan apakah perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut? Terima kasih :) | Kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat pertama, kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran (perbuatan meminta) yang merujuk manusia. Dalam ayat kedua pula, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf? | Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan. | 1. Siti meminta bantuan daripada polis. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan: i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak). ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. iii. Perbezaan atau perbandingan. 1"> 2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus.1"> 3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul. 1"> 4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.1"> 5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta.1"> 6. Membuat bayaran1"> 7. Kerusi malas1"> 8. Kerusi bayi1"> | Tatabahasa | 01.09.2021 |
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. | 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu. 2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini. | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta nasihat DBP tentang maksud perkataan 'pencacai' yg saya percaya kata dasarnya 'cacai'. Saya dapati akhir-akhir ini banyak orang menggunakan perkataan ini Saya berharap pihak DBP dapat memberi maksud pencacai/cacai itu. Untuk makluman saya sudah cuba menggunakan khidmat PRPM DBP dalam talian namun gagal. Sekian. | Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagai entri dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu. | Istilah | 18.07.2012 |
1. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya (kata kerja) ....................... mesyuarat tersebut. 2. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan (disenaraihitamkan / disenarai hitamkan) supaya menjadi (kata nama) ..................... kepada pekilang yang lain. 3. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua bijitayar kereta yang dipandunya meletup. Manakah istilah salah dan istilah betul? 4. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. Kesalahan istilah - bergadai? : mengorbankan / menggadaikan 5. Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. Manakah istilah salah dan istilah betul? 6. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit. Manakah istilah salah dan istilah betul? | Adakah kami diminta mengisi tempat kosong pada ruangan yang disediakan? Kami tidak ada maklumat tentang konteks penggunaan dan maksud ayat. Pandangan kami ayat ini perlu dibetulkan kepada "Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut". Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan melengkapkan buku kerja atau menyediakan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini perlu ditangani oleh kumpulan penulis/penyemak yang dilantik. Jika ada sebarang perbincangan tentang isu bahasa bolehlah dikemukakan kepada pihak kami. | Tokoh | 26.11.2016 |