1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
1. Sejurus tiba di rumah, Ahmad meminum air sebanyak yang dia mahu. 2. Sejurus tiba di rumah, Ahmad meminum air sebanyak yang dimahukannya. Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah " Sejurus tiba di rumah, Ahmad minum air sebanyak yang dimahukannya." | Tatabahasa | 26.06.2013 |
Salam sejahtera tuan/puan, untuk ayat yang bagaimanakah kita harus menggunakan perkataan imbuhan 'memakan' atau 'meminum'?Sekian, terima kasih. | Perkataan seperti makan, minum dan sebagainya boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Yang manakah betul? Memakan atau makan? Meminum atau minum? Meminta atau minta? Memohon atau mohon? Betulkah keempat-empat perkataan ini tidak memerlukan imbuhan meN-? Kenapa? Terima kasih. | Keempat-empat perkataan tersebut boleh menerima awalan meN-, namun penggunaan kata tersebut tanpa awalan meN-telah melengkapkan makna kata. Contohnya perkataan makan juga bermaksud memakan. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Yang manakah betul? Memakan atau makan? Meminum atau minum? Meminta atau minta? Memohon atau mohon? Betulkah keempat-empat perkataan Ono tidal memerlukan imbuhan meN-? Kenapa? Terima kasih. | Keempat-empat perkataan tersebut boleh menerima awalan meN-, namun penggunaan kata tersebut tanpa awalan meN-telah melengkapkan makna kata. Contohnya perkataan makan juga bermaksud memakan. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Salam sejahtera, perkataan "kuasa" mempunyai dua atau tiga suku kata? Adakah perkataan "mengeteh" (perihal duduk untuk meminum air teh) dianggap slanga atau sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu standard? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Kuasa mempunyai dua suku kata KU-ASA 2. Mengeteh merupakan slanga yang belum diterima pakai sebagai bahasa Melayu standard. | Tatabahasa | 12.05.2020 |
Adakah ayah di bawah betul? 1. Mereka yang dingin sifat badannya sering mengalami sakit sendi. 2. Wanita yang dingin sifat badannya boleh meminum air soya. 3. Merujuk kepada ayat-ayat di atas, adakah benar bahawa tidak boleh guna "nya" lagi (badannya). Terima kasih Terima kasih. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam. Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 12.01.2018 |
Salam tuan, Minta penjelasan tentang perkara di bawah : 1. Penggunaan perkataan: bila mana , seperti mana. 2. Boleh ke digunakan awalan me untuk memakan / meminum 3. Mampan atau mapan 4. wujud ke tak perkataan merbahaya. | Saudara, Bilamana bermaksud apabila, apakala atau ketika dan sepertimana bermaksud sebagaimana atau seperti. Imbuhan me... boleh digunakan untuk kedua-duanya. Padanan bahasa Melayu untuk istilah sustainable ialah mampan manakala untuk established pula ialah mapan. Tidak wujud dan perkataan yang boleh digunakan antaranya marabahaya atau berbahaya. Terima kasih. | Makna | 01.02.2011 |
1. mengandok 2. mencarak | Mohon untuk mendapatkan contoh penggunaan mengandok. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mencarak membawa maksud kelihatan muncul, membuka dan melihat daun terup, meminum air dengan mencucurkannya ke mulut, memakan telur dari kulitnya, mengambil untung dengan berlebihan atau menghisap darah. | Makna | 30.08.2006 |
1. a)Cikgu Azila mengajarkan cara-cara menulis karangan... b)Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan... - Yang manakah ayat yang betul 2. Benarkah perkataan 'makan' &'minum' perlu diletakkan awalan 'me' . Contoh; Ayah hanya meminum secawan kopi kerana sudah terlewat pergi ke pajabat. 3. Apakah perbezaan hingga dan sehingga | Encik Badrul, 1-Jawapan yang betul ialah Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan. 2-Perkataan makan dan minum tidak perlu diletakkan imbuhan awalan me 3-Hingga membawa makna garis yang terakhir manakala sehingga bermakna sampai (tentang masa) dan setakat | Tatabahasa | 01.06.2010 |