Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bilakah tanda baca koma bertindih ( ; ) dalam ayat digunakan. Tolong beri contoh. terima kasih.

Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut:

1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;...

2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya.

3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang...

4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan....

Lain-lain30.10.2010
bagaimana dengan penggunaan tanda ; dalam sajak dan makna atau tujuannya tanda tersebut diletakkan...di manakah tempat yang sesuai menggunakannya

Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;...
2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya.
3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang...
4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan....

Lain-lain03.05.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen.Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu".  Contohnya:  Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.
2.  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya.  Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.
3.  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.
4.  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.
Lain-lain31.12.2016
Cikgu, ayat yang manakah betul? 1. Guru memisahkan Siew Ling daripada kawan-kawannya di bilik darjah. 2. Guru memisahkan Siew Ling dengan kawan-kawannya di bilik darjah. Kata sendi nama "dengan" atau "daripada" lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut?Penggunaan kata sendi nama "daripada" seperti dalam ayat pertama adalah betul.Tatabahasa27.02.2015
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan tanda baca (;). Adakah ianya sesuai digunakan pada contoh ayat berikut. Objektif kualiti hendaklah: 1. tekal dengan dasar kualiti; 2. boleh diukur; 3. dipantau. Soalan kedua, sepatutnya pada permulaan ayat bernombor wajib menggunkan huruf besar atau boleh sahaja huruf kecil dalam urusan rasmi. Contoh seperti di atas. Terima kasih.Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  ";"Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.

Tatabahasa27.01.2023
Salam sejahtera, pihak DBP. Saya baru sahaja mempelajari tentang Sintaksis dan masih keliru untuk memisahkan subjek dan predikat dalam satu ayat panjang atau ayat majmuk. Diharapkan pihak DBP boleh memberi tunjuk ajar memisahkan subjek dan predikat dalam 4 ayat berikut: 1. Kajian perbualan (conversational analysis) menumpukan perhatian kepada faktor-faktor perhubungan di antara manusia dalam masyarakat. 2. Kajian yang seperti ini juga dikenali sebagai ethnografi percakapan (ethnografi of speaking), yang pertama kali diutarakan sebagai cabang linguistik yang tersendiri oleh Dell Hymes. 3. Kajian ini berpokok pangkal pada pendapat bahawa penwujudan sesuatu percakapan itu ditentukan oleh siapa yang bercakap dengan siapa dan apa yang dipercakapkan. 4. Jika kajian yang seperti ini dilakukan dalam masyarakat, maka bolehlah diwujudkan peraturan percakapan (rules of speaking) dalam masyarakat berkenaan.1. Kajian perbualan (subjek) menumpukan perhatian kepada faktor-faktor perhubungan antara manusia dalam kalangan masyarakat (predikat) 2. Kajian yang seperti ini juga (subjek) dikenali sebagai etnografi percakapan yang pertama kali diutarakan sebagai cabang linguistik yang tersendiri oleh Dell Hymes (predikat) 3. Kajian ini (subjek) berpokok pangkal pada pendapat bahawa pewujudan sesuatu percakapan itu ditentukan oleh siapa yang bercakap dengan siapa dan apa yang dipercakapkan (predikat). 4. Jika kajian yang seperti ini dilakukan dalam masyarakat (subjek) maka bolehlah diwujudkan peraturan percakapan dalam masyarakat berkenaan (predikat)Tatabahasa06.10.2017
Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya Zetti, rakan sekelas Sarah yang turut bertanding. 1)Perlukah tanda koma selepas perkataan namun? 2)Betulkah tanda koma selepas perkataan Zetti?

Tanda koma berfungsi sebagai memisahkan bahagian ayat yang bertentangan fakta daripada ayat induk, iaitu sebelum kata hubung dan memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya.

Ayat yang tepat ialah “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut terutamanya Zetti, rakan sekelas Sarah yang turut bertanding.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 109-113.

Tatabahasa03.10.2024
1. bila masa yang paling sesuai untuk menggunakan tanda (:) dan ( ; ). 2. mohon kepastian ejaan ketiadaan ketelusan atau ketidaktelusan

Jawapan soalan pertama, tuan boleh merujuk penggunaan kedua-dua tanda baca dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1)pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3)Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

 

Jawapan soalan yang kedua, kedua-dua ejaan, iaitu ketiadaan ketelusan dan ketidaktelusan betul. Ketiadaan bermakna tidak ada/tidak memiliki keadaan dan sifat berterus terang iaitu tidak ada sifat telus. Manakala ketidaktelusan ialah kata kerja untuk tidak mempunyai sifat telus.

Tatabahasa11.03.2014
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan tentang ayat majmuk pancangan relatif , "Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu." Bagaimanakah caranya untuk memisahkan ayat majmuk ini kepada dua ayat tunggal ? Saya sukar untuk memisahkan ayat ini kepada dua ayat tunggal kerana ayat ini tidak mengandungi kata penentu belakang "itu" (contohnya: Pelajar yang gagal itu tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.)Ayat 1: Pelajar yang gagal.
 Ayat 2: Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.
Tatabahasa20.08.2013
1234

Kembali ke atas