Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kain cukin basahan mandi,
     Jemur mari di hujung galah;
Ditamatkan pantun kebajikan budi,
     Memohon ampun barang yang salah.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memohon atas nama pusat nama: Pusat Perkembangan Minda Interaktif (Fokus Lambang Yakin FLY)Sila nyatakan soalan saudara dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. 

Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain14.05.2013
memohon jasa baik pihak tuan mengesahkan bahasa yang di gunakakan betul atau tidakPenggunaan bahasa yang betul. Sila ke ruangan khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil pengesahan.Ejaan15.02.2013
Memohon nasihat berkaitan kosa kata /perkataan untuk menunjukkan kewibawaaan sesebuah organisasiGergasi antaranya bermaksud  kuasa besar dalam sesuatu lapangan contohnya ekonomi. Untuk melihat perkataan yang lain sila rujuk kamus.Lain-lain04.10.2012
Memohon pendapat bagi pengertian istilah/tajuk ini :- MASALAH PENYEDIAAN LUKISAN LAKARAN TIDAK SISTEMATIK Terima kasih

Masalah menyiapkan lukisan lakaran atau lukisan yang dilukis secara kasar tidak berasaskan atau menurut sistem yang betul. Untuk maksud yang lebih jelas sila rujuk makalah yang berkaitan.

Makna20.04.2009
memohon terjemahan bahasa inggeris ke bahasa melayuSaudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau e-mel itnm.com.my.Lain-lain19.09.2008
Memohon disenaraikan perkataan-perkataan yang boleh disambungkan dalam satu suku katacat, bas,roh dan lain- lain lagi. Untuk keterangan lanjut rujuk Kamus Dewan edisi ke-4.Tatabahasa27.08.2007
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih.Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
 
Tatabahasa03.08.2012
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. Munyi, memohon maaf atau meminta maaf sesuai digunakan? TKSebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki.Tatabahasa16.07.2012
Tuan, Memohon untuk memastikan pangkat untuk disertakan dalam penulisan nama dalam sijil, contohnya: Kalau seseorang berpangkat Professor, Professor Madya dan lain-lain, macamana nak letak di dalam sijil. terima kasih.Untuk penulisan dalam sijil, kami mencadangkan nama ditulis dengan menyertakan sekali jawatan yang diperoleh oleh penerima sijil tersebut.Lain-lain22.11.2013
Saya memohon pengesahan pihak tuan samada bahasa melayu yang digunakan didalam papan iklan yang disertakan adalah betul. Terima kasih.Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Untuk makluman puan, pengesahan iklan perlu dibuat melalui "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Puan akan memperoleh sijil pengesahan sekiranya menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa tersebut. Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain11.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas