Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penduduk kampung sedang..........dahan-dahan pokok. jawapan:memangkas atau memotongKedua-duanya betul. Memotong bersifat umum manakala memangkas bersifat khusus atau menerangkan gaya memotong dengan lebih terperinci. Memangkas ialah memotong hujung dahan atau memotong dengan gunting.Makna23.05.2011
Contoh ayat: 1. Saya memotong kereta. Contoh ayat dalam 1 di atas, mungkin membawa maksud memotong kereta kepada beberapa bahagian di bengkel atau memotong kereta di jalan raya.Oleh itu bagaimanakah cara membina ayat yang menjurus kepada memotong beberapa bahagian kereta dan memotong kereta di jalan raya supaya jelas perbezaan.Adakah contoh ayat 1 di atas boleh membawa kedua-dua maksud tersebut. Terima kasih. Jawapan boleh dimasukkan ke dalam e-mel saya dalam kadar yang boleh diuruskan oleh tuan.Makna setiap perkataan (yang mempunyai beberapa makna) boleh dibezakan mengikut konteks ayat yang digunakan. Jika ayat "Saya memotong kereta" lazimnya dikaitkan dengan makna yang pertama, iaitu mengerat atau membahagi-bahagikan kereta kepada beberapa bahagian. Namun jika ayat "Bas itu memotong beberapa buah kereta sebelum terbabas ke laluan bertentangan", sudah pasti memotong di sini membawa maksud memintas, bukan mengerat.Tatabahasa03.07.2011
selamat pagi...nak tanya biasa kita guna menebang pokok...tapi ada murid semasa ujian menulis memotong pokok...ada ini diterimakah?Merujuk Kamus Dewan menebang bermaksud memotong pokok kayu dan memotong juga membawa maksud mengerat. Oleh itu, menebang pokok dan memotong pokok kedua-duanya betul bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa05.07.2013
memotong buah pisang secara nipis-nipis sesuai digunakan perkataan memotong atau menghiris?Perbuatan memotong nipis-nipis ialah menghiris.Tatabahasa18.04.2012
betulkah ayat ini? Haji Ghazali memotong dua ekor lembuAyat yang betul ialah: Haji Ghazali menyembelih dua ekor lembu. Perkataan memotong digunakan dalam konteks yang berikut: Haji Ghazali memotong daging lembu.Tatabahasa28.05.2011
1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul?Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku"Tatabahasa20.05.2013
Manakah jawapannya Para petani di negara kita menggunakan ________ untuk memotong padi. A tuai B sabit C pisau D ketamPara petani di negara kita menggunakan tuai untuk memotong padi. - tuai ialah pisau pemotong padi.Tatabahasa19.08.2010
1.Pelumba yang menaiki motosikal bernombor dua berjaya___________pelumba yang menaiki motosikal bernombor lima. A.Memotong B.mencantas C. mengejar D. memintas apa jawapanya.Jawapan yang betul ialah A (memotong) dan D (memintas).Tatabahasa17.04.2012
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang?

Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut:

1.   Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput.  atau: Abang mengambil upah memotong rumput  pada setiap petang.

2.  Ahli bomba memadamkan api dengan air paip.

3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.

  (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah  petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.)

4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya.

  (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk  keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas.  Misalnya, bunga yang telah kembang  itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang  merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ).

Tatabahasa09.04.2009
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola,  mengayuh/menunggang  basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Istilah14.08.2010
123

Kembali ke atas