Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: 1. Saya memotong kereta. Contoh ayat dalam 1 di atas, mungkin membawa maksud memotong kereta kepada beberapa bahagian di bengkel atau memotong kereta di jalan raya.Oleh itu bagaimanakah cara membina ayat yang menjurus kepada memotong beberapa bahagian kereta dan memotong kereta di jalan raya supaya jelas perbezaan.Adakah contoh ayat 1 di atas boleh membawa kedua-dua maksud tersebut. Terima kasih. Jawapan boleh dimasukkan ke dalam e-mel saya dalam kadar yang boleh diuruskan oleh tuan.Makna setiap perkataan (yang mempunyai beberapa makna) boleh dibezakan mengikut konteks ayat yang digunakan. Jika ayat "Saya memotong kereta" lazimnya dikaitkan dengan makna yang pertama, iaitu mengerat atau membahagi-bahagikan kereta kepada beberapa bahagian. Namun jika ayat "Bas itu memotong beberapa buah kereta sebelum terbabas ke laluan bertentangan", sudah pasti memotong di sini membawa maksud memintas, bukan mengerat.Tatabahasa03.07.2011
Salam sejahtera. 1. Ibu memotong sayur dengan pisau. 2. Ibu memotong sayur dengan menggunakan pisau. Ada pihak yg berpandangan ayat 1 ialah ayat tunggal dan fungsi " dengan" dlm ayat 2 menjadikannya ayat majmuk. Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Ayat 1 "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat yang gramatis dan betul. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama "dengan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Oleh itu, perkataan "menggunakan" tidak perlu ditulis kerana perkataan ini akan membawa kelewahan dalam ayat.

Ayat "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek (Ibu) dan predikat (memotong sayur dengan pisau). "Memotong" ialah kata kerja, "sayur" ialah objek dan "dengan pisau" ialah keterangan.

Ayat ini bukanlah ayat majmuk kerana ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cata tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Tatabahasa23.04.2018
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021
Yang mana betul? 1. Ayah memotong dahan pokok dengan gergaji di halaman rumah pada waktu pagi. 2.Ayah memotong dahan pokok di halaman rumah dengan gergaji pada waktu pagi.​Mohon maaf, soalan tuan/puan tidak lengkap dan kami tidak dapat memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang bersesuaian.Istilah26.03.2025
Adakah struktur ayat yang berikut betul? 1. Abu sedang memotong daging dengan berhati–hati di dapur. 2. Abu sedang memotong daging di dapur dengan berhati–hati.Ayat yang gramatis, Abu sedang memotong daging dengan berhati–hati di dapur.
Tatabahasa17.08.2015
Dalam gambar menunjukkan seorang lelaki memotong rumput dengan mesin. Adakah ayat ini betul? (Ayah memesin rumput dengan mesin potong rumput) ataupun (Ayat memotong rumput dengan mesin potong rumput) Terima kasih.Pilihan ayat yang betul:
1. Ayah memesin rumput.
2. Ayah memotong rumput dengan mesin.
3. Ayah memotong rumput dengan mesin pemotong rumput.
Lain-lain18.07.2023
bolehkah "dengan menggunakan" diguna bersama? contohnya: a) Emak memotong daging dengan menggunakan pisau. b) Emak memotong daging dengan pisau. c) Emak memotong daging menggunakan pisau. ayat manakah yang betul?Tuan,

Rangkai kata “dengan menggunakan” boleh digunakan bersama-sama kerana perkataan “dengan” dalam contoh ayat yang diberikan merupakan kata sendi yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga contoh ayat betul.1">
Tatabahasa15.04.2019
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong)Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris.Tatabahasa23.10.2015
1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul?Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku"Tatabahasa20.05.2013
Tuan, saya ada pertanyaan tentang pertukaran ayat aktif kepada ayat pasif, soalannya adalah seperti berikut; 1. Ibu memotong rumput di halaman rumah. Kalau tukar ke ayat pasif, yang mana satu adalah betul? a. Rumput di halaman rumah dipotong oleh ibu. b. Rumput dipotong oleh ibu di halaman rumah. Apa berkaitan dan perbezaan soalan tersebut dengan jawapan a dan b? Sekian, terima kasih.Yang betul ialah Rumput di halaman rumah dipotong oleh ibu.Tatabahasa02.08.2010
123

Kembali ke atas