Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempasifkan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin mempasifkan ayat : 1. Asap kenderaan mencemari udara kita. Bolehkah ayat pasifnya dalam bentuk: 1a. Udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Menurut data kami, ayat pasif yang betul ialah udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Tatabahasa17.04.2020
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama?

Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama.

Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang  tertentu, iaitu:
1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya

Tatabahasa07.08.2022

Kembali ke atas