Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.lai] | ممڤلاي

Definisi : pengantin; ~ laki-laki pengantin laki-laki; naik ~ menjadi mempelai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.lai] | ممڤلاي

Definisi : orang yg sedang menjalani istiadat perkahwinan; pengantin: ~ lelaki pengantin lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mempelai (kata nama)
Bersinonim dengan pengantin, raja sehari, kemanten.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Tuan,tolong bantu saya. Setelah saya baca beberapa soalan yang ada di Bahagian Khidmat Nasihat, saya ada pertanyaan yang memang mengelirukan saya tentang kata bilangan himpunan seperti kedua-dua,ketiga-tiga dan selain itu. Dinyatakan bahawa perlunya ada penjodoh bilangan selepas kata bilangan himpunan, contohnya kedua-dua orang budak, ketiga-tiga orang budak dan sebagainya. Namun, sila perjelaskan, mengapakah kedua-dua ibu bapa tidak perlu ada penjodoh bilangan jika hukum ini terpakai? Yang manakah betul, kedua-dua mempelai atau kedua-dua pasang mempelai dan kedua-dua orang budak atau kedua-dua budak?terima kasih

Tidak semua kata bilangan perlu diikuti dengan penjodoh bilangan, contohnya berbagai-bagai projek, setiap warganegara dan kedua-dua ibu bapa. Yang lebih tepat ialah kedua-dua orang budak.

Lain-lain23.07.2010

Kembali ke atas