Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya : 1. Apakah tujuan mempelajari bahasa? 2. Mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang lebih penting? 3. Apakah rujukan kehormat bagi pensyarah(berkeluluasan Master) yang mengajar kelas bahasa Melayu saya? Sekian terima kasih. Wassalam. | Tujuan mempelajari bahasa untuk membolehkan seseorang itu menimba ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang, berkomunikasi dalam masyarakat, dan berurusan dengan pihak lain. Semua bahasa adalah penting dan perlu dipelajari. Rujukan kehormat bagi pensyarah berkelulusan Sarjana (Master) ialah tuan atau encik. | Lain-lain | 12.05.2008 |
teknik mempelajari bahasa melayu dengan baik,bahan rujukan yang sesuai | 1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana. 2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran. 3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb) 4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu. | Lain-lain | 15.01.2009 |
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tq | Kedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
Bagaimana hendak mempelajari Bahasa Jepun di Malaysia. | Sila hubungi Pusat bahasa di Institusi Pengajian Tinggi atau Institut Hubungan Luar dan Diplomatik, Kementerian Luar Negeri untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.01.2009 |
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH. | 1. Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Kata sendi ”di” tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara." | Tatabahasa | 03.06.2013 |
INGIN MENGETAHUI PERBEZAAN ANTARA FONETIK DENGAN FONOLOGI | Fonologi merupakan bidang linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonetik bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. | Makna | 06.09.2006 |
Saya sukar untuk mempelajari perkataan Bahasa Melayu | 1. Saudara boleh mengambil kursus-kursus BM yang diadakan di mana-mana. 2. Sentiasa menggunakan BM dengan betul mengikut keadaan persekitaran. 3. Mengulang kaji tatabahasa BM (Melalui buku/risalah rujukan seperti : Tatabahasa Dewan, koleksi Lembar Bahasa, Pedoman bahasa dsb) 4. Sentiasa cakna dengan perkembangan bahasa Melayu. | Lain-lain | 26.10.2010 |
1.Mereka sudah mempelajari teknik menjawab soalan dengan betul semalam.( aktif) 2.Teknik menjawab soalan dengan betul sudah dipelajari mereka semalam.(pasif) 3.Teknik menjawab soalan sudah dipelajari semalam dengan betul(pasif). ayat pasif no. 3 betulkah? atau ayat no 2 lebih tepat? | Ayat no.2 lebih tepat. | Tatabahasa | 04.02.2008 |
Suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari bahasa dan kesusasteraan Melayu tetapi tidak pada hari ini. Mengapa ? | Untuk makluman, pertanyaan puan tidak terdapat dalam data kami. Pertanyaan puan memerlukan kajian dan pembacaan yang mendalam. Kami mencadangkan puan merujuk buku, jurnal, kertas kajian dan penerbitan yang lain bagi mengetahui dengan lebih lanjut. Rujukan tersebut boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau kertas kajian di perpustakaan.
| Lain-lain | 24.09.2013 |
Pada semester 2 di IPKS ini, saya sedang mempelajari bidang 'Pengatar Psikolinguistik'. Jadi, masalah saya dalam hal ini adalah berkaitan sumber-sumber carian mengenai bidang ini. Begitu juga masalahnya mengenai teori-teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa yang susah bagi saya memahaminya. Bolehkan pihak tuan/puan memberitahu sedikit sebanyak fakta-fakta mengenai bidang Pengatar Psikologi ini terutamanya mengenai teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Sekian, terima kasih. | Saudara dinasihati supaya membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan di ipt di tempat saudara. Saudara juga boleh berbincang untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pensyarah yang mengajarkan bidang ini. | Lain-lain | 27.06.2008 |