[mem.pe.nge.ru.si.kan] | ممڤڠروسيکن
Definisi : 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.pe.nge.ru.si.kan] | ممڤڠروسيکن
Definisi : 1 mengendalikan atau menjadi ketua dlm mesyuarat dll: Timbalan Perdana Menteri telah ~ sidang mingguan kabinet. 2 mengetuai jawatankuasa, pertubuhan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)