Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh kah perkataan "kan" yang digunakan dalam percakapan di gunakan dalam penulisan sarikata/subtitile? Contoh, Awak mesti tahu di mana dia berada kan? Adakah pertakataan "kan" hanya boleh digunakan dalam percakapan? Terima kasihSalam sejahtera, Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa04.04.2020
Sekadar ingin tahu. mungkin menjadi suatu pengetahuan baharu~ "Perkataan yang terpanjang dalam Bahasa Malaysia ialah diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat (mengandungi 40 huruf), merupakan istilah yang digunakan dalam bidang saintifik. Manakala perkataan umum yang terpanjang ialah mempertanggungjawabkan (mengandungi 22 huruf)". Betulkah? maaf, soalan agak kebudak2kan. Namun , cukup menarik utk di masa hadapan.. :DPerkataan mempertanggungjawabkan hasil gabungan apitan memper-...-kan dengan kata dasar tanggungjawab dan perkataan ini terakam dalam Kamus Dewan. Manakala perkataan diketidaknyahcasdiversifikasielektrostat tidak ada dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan, dalam pembentukan perkataan/istilah, perkataan ketidak dan nyah tidak hadir sekali atau berurutan kerana kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama seperti ketidakhadiran dan nyah padat. Dan lazimnya dalam pembentukan istilah apabila ada apitan di-...-kan atau ke-...-an baharulah perkataan yang terhasil itu digabungkan.Istilah25.10.2012
Assalamualaikum... Boleh saya tahu, adakah ayat "Semoga dipermudahkan segala urusan" salah? Sebab saya ada tengok tiktok Zack Kirana yang cakap perkataan "dipermudahkan" ni salah dari segi tatabahasa.. Yang betul hanyalah "Semoga dipermudah segala urusan". Satu lagi, adakah "denyut jantung" salah? Adakah denyut hanya digunakan untuk nadi sahaja? Jantung hanya boleh guna "degup" sahaja ke? Bolehkah pihak tuan berikan penjelasan berkaitan isu ini? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Semoga dipermudah segala urusan" kerana kata adjektif "mudah" menerima apitan memper- (aktif) dan diper- (pasif), bukan apitan memper-...kan/diper-...-kan.

2.  Denyut bermaksud gerakan turun naik atau kembang kempis (nadi, jantung, ubun-ubun, dll); dan degup bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras. Berdasarkan makud ini frasa denyut jantung dan degup jantung, kedua-duanya betul. 
Lain-lain23.07.2022
saya ingin pewajaran pihak tuan/puan tentang imbuhan awalan memper- dalam bahasa melayu. seperti yang kita tahu, imbuhan awalan adalah terdiri daripada meN-,beR-,peN- dan sebagainya. iaitu imbuhan yang diawal atau didepan kata dasar. walau bagaimanapun, dalam bahasa melayu muncul imbuhan kompleks atau asmah menamakannya sebagai imbuhan pembahagi. imbuhan ini dalam sesetengah buku memberi contoh seperti men-kan, men-i, ber-kan,ke-an dan sebagainya.jika dilihat ia seakan-akan imbuhan apitan. dalam hal ini, yang menimbulkan masalahnya ialah berkenaan imbuhan kompleks. berdasarkan makluman yang saya ada, imbuhan kompleks adalah sejenis imbuhan yang terdiri daripada dua dan atau tiga imbuhan yang berlaku secara berperingkat. contohnya imbuhan memper- dilihat sebagai salah satu bentuk imbuhan kompleks tetapi tidak dinyatakan oleh penahu sebagai bentuk yang kompleks. sedangkan ia mempunyai ciri-ciri imbuhan yang kompleks. berdasarkan senario tatabahasa ini, saya ingin bertanya mengenai imbuhan beR- yang mempunyai variasi iaitu berke-an, berseke-an, berpen- dan banyak lagi yang merujuk kepada (berkemahiran, bersekedudukan, berpendapat). imbuhan beR- ini berdasarkan pendapat saya adalah kompleks. oleh itu saya amat mengharapkan pewajaran dari pihak yang berkenaan mengenai masalah ini iaitu tentang imbuhan memper- dengan ber- yang mempunyai bentuk yang kompleks.dan apakah yang membezakan kedua-dua jenis imbuhan ini?Imbuhan BeR- membentuk kata kerja. Perkataan yg menerima awalan ini menjadi kata kerja yg bersifat tidak transitif sama ada yg memerlukan pelengkap atau yg tidak memerlukan pelengkap. Pada dasarnya, terdapat satu bentuk awalan beR-  yakni beR- yg digabungkan dengan semua kata dasar (Rujuk dalam TataBahasa Dewan hlm 161-hlm 176). Manakala awalan mempeR- juga pembentuk kata kerja yg wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif (Rujuk dalam Tatabahasa Dewan hlm 177- 183) Terima kasih.   Tatabahasa16.09.2008
Assalamualaikum dan hi, saya ingin mengajukan soalan berkenaan tatabahasa: Boleh saya tahu, adakah perkataan "ianya" dan "memperbaharui" betul daripada segi tatabahasa (sumber: Kamus Dewan Perdana)? Jika ya, apakah kaedah penggunaan kedua-dua perkataan ini? Ini kerana jika mengikut tatabahasa, "ia" dan "nya" tidak digunakan sebagai satu perkataan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama ketiga. Manakala, untuk perkataan "memperbaharui" pula, jika tidak silap, penggunaan imbuhan "memper" yang dipadankan dengan kata adjektif tidak boleh diletakkan imbuhan di belakang seperti "i", "kan". Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. Perkataan "ianya" banyak ditemukan penggunaannya dalam wacana/teks bahasa Melayu dan kamus menghuraikan maksudnya. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan yang standard khususnya dalam penulisan rasmi, perlulah merujuk rumus tatabahasa. Kata "memperbaharui" pula terhasil daripada apitan memper-   -i dan apitan ini tidak begitu produktif dalam bahasa Melayu. Kata "memperbaharui" sama maksud dengan "membaharui" dan kata ini wujud hasil daripada pengembangan bahasa. Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga menghuraikan apitan memper-...-kan dengan kata kerja dan kata nama, tiada rumus yang sedemikian untuk apitan memper-...-i.Tatabahasa16.01.2024

Kembali ke atas