Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ba.nya/] | ممڤرباڽق

Definisi : menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ba.nya/] | ممڤرباڽق

Definisi : menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbanyak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak polis akan memperhebat / memperbanyak kempen keselamatn jalan raya pada musim perayaan. Penggunaan perkataan manakah yang paling sesuai, memperhebat atau memperbanyak?kedua-dua jawapan adalah betulTatabahasa16.09.2012
salam, perkataan "membanyakkan" atau "memperbanyakkan" yang benar? sekian, terima kasih.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.Tatabahasa27.02.2013
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ?Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur.Tatabahasa11.08.2010
salam. saya ada pertanyaan berhubung dengan kekeliruan penggunaan kata hubung gabungan 'dan' dalam sesuatu ayat. kenapa penggunaan 'dan' tidak boleh diulang penggunaannya dalam satu ayat yang sama, malah digantikan pula dengan 'serta'. terima kasih. harap tuan/puan dapat membantu.Pengulangan sesuatu perkataan termasuklah perkataan 'dan' dalam ayat bukanlah suatu kesalahan. Walau bagaimanpun kita digalakkan untuk mempelbagaikan pemilihan kata dalam ayat bagi memperbanyak perbendaharaan kata dan memperlihatkan kemahiran kita dalam berbahasa.Tatabahasa01.03.2012
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih.Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi.Tatabahasa08.07.2008
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak?Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan.Lain-lain12.11.2007
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010

Kembali ke atas