Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.be.sar] | ممڤربسر

Definisi : menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.be.sar] | ممڤربسر

Definisi : menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbesar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali melakukan kerja-kerja memperbesar rumahnya. Ali memperbesar rumahnya kerana anak-anaknya tinggal bersamanya. Bagaimana ayat pasifnyaKerja-kerja memperbesar rumahnya dilakukan oleh Ali.
Rumahnya diperbesar oleh Ali kerana anak-anaknya tinggal bersama.
Tatabahasa17.11.2016
penggunaan imbuhan awalan memper- contoh perkataan memperbesar. Pertanyaannya mana yang betul memperbesar atau memperbesarkan..dan kenapa imbuhan akhiran -kan digugurkan penggunaannya dalam menggambarkan sesuatu konteksKata adjektif menerima awalan memper- bukan apitan memper-...-kan. Contohnya memperbesar, memperluas dan mempercantik.Tatabahasa20.07.2012
memperlebar atau memperbesar jalanFrasa yang tepat ialah memperlebar jalan.Tatabahasa01.03.2012
Penggunaan imbuhan memper dan memperk..kan. 1. memperbesarkan atau memperbesar, yang mana satu tepat. Setahu saya besar adalah kata adjektif. oleh itu imbuhan yang tepat adalah memperbesar dan bukan memperbesarkan. tolong jelaskan.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau berrambah. Penggunaan yang tepat ialah memperbesar.Tatabahasa25.06.2013
perbezaan perkataan dan penggunaan memperbesar dan memperbesarkan..perkataan yang manakah betul untuk digunakan dan makna setiap daripadanya.Kata terbitan yang betul ialah memperbesar (bukan memperbesarkan), kerana kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan.Tatabahasa18.03.2008
Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih gramatis? 1) Tuas digunakan untuk memperbesarkan daya bagi mengatasi beban yang berat. 2) Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Maksud yang ingin disampaikan kpd pembaca ialah mesin ringkas digunakan untuk menjadikan daya lebih besar supaya daya yang besar ini dapat mengatasi beban yang berat. Sekian, Terima kasih.Yang lebih gramatis ialah Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan.Tatabahasa16.06.2012
Apakah ayat pasif untuk ayat aktif di bawah? Saya memperbesar rumah itu. Terima kasih.Ayat pasif adalah seperti yang berikut:

Rumah itu saya perbesar.
Tatabahasa12.04.2018
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
Memperlebar dan memperlebarkan,apa bezanya?Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar dan memperindah.  Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper...kan seperti memperbesarkan dan memperluaskan adalah tidak tepat. Oleh itu, perkataan yang betul memperlebar.Tatabahasa17.01.2011
Adakah Kata Adjektif tidak boleh menerima 3apitan..?? contoh memperindahkan.. Sila jelaskan...TQVM

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah seperti memperbesar dan memperkecil. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. 

Tatabahasa24.06.2011
123

Kembali ke atas