Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbetulkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bantuan untuk memperbetulkan dari segi susun bahasa contoh seperti di bawah:- untuk maklum balas 1) Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara tersebut di atas. untuk jawab maklum balas 2) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada minit bebas @ surat no. rujukan ....., bertarikh ...... seperti perkara di atas. 3) Dukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini tiada wakil untuk sertai jemputan tersebut. 4) Saya ini memahami maksud penggunaan "Minit bebas", "Minit ceraian" dan "minit curaian". 5) Saya amat lemah dari segi penggunaan tatabahasa untuk mengarang sesuatu surat atau apa2 dalam bentuk ayat. Jadi, adakah buku yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan saya. Saya harap mohon bantuan dari tuan/puan. terima kasihi. Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas atau Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. ii. Dengan segala hormatnya saya merujuk surat tuan bertarikh ... yang berkaitan perkara di atas. iii. Dimaklumkan bahawa bahagian kami tiada menghantar wakil untuk menyertai majlis ini. iv. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.Lain-lain19.05.2010
Bagaimana pihak DBP hendak memperbetulkan penggunaan Bahasa Malaysia yang dipercayai salah oleh syarikat syarikat pengiklanan bagi pelanggan mereka, khasnya syarikat kosmetik, contohnya perkataan BARU yg telah diejakan sebagai "BAHARU", dan beberapa perkataan yang agak kerap digunakan dalam kehidupan harian kami.Melalui khidmat nasihat bahasa yang kami berikan setiap iklan yang hendak dikeluarkan perlu mendapat pengesahan terhadap bahasa yang digunakan dalam paparan tersebut. DBP akan menyemak dan membetulkan penggunaan bahasa yang kurang tepat dan bersesuaian dengan visual yang dipaparkan.Lain-lain27.01.2009
saya juga mohon jasa baik memperbetulkan penggunaan bahasa di dalam ayat di bawah. "Teruskanlah berusaha untuk memajukan diri baik dalam dunia pekerjaan mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi."Ayat tersebut betul dan tiada kesalahan bahasa. Lain-lain29.10.2021
Adakah ayat dibawah ayat yang gramatis i) Pengawai itu memperbetulkan borang permohonan saya ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan ibunya sebuah rumah sewa baharu iv) Nenek membelikan adik sepasang baju kurung

Ayat yang betul ialah:

i) Pegawai itu memperbetul borang permohonan saya.

ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya

iii) Samad mencarikan sebuah rumah sewa baharu untuk ibunya

iv) Nenek membelikan sepasang baju kurung untuk adik

Tatabahasa01.07.2011
Tuan, Puan, Saya ingin memohon Jasa baik pihak Tuan,Puan untuk memperbetulkan tafsiran perkataan "Tambi" dimana tafsiranya meggunakan perkataan keling. Perkara ini telah guris hati saya Dan masyarakat Tamil Di Malaysia. Pembetulan: Orang Keling ditukar kepada "masyarakat Tamil"Kami ambil maklum saranan tuan. Penambahbaikan takrif perkataan "tambi" akan diberikan perhatian dalam pengemaskinian dan penyusunan semula Kamus Pelajar Edisi Ketiga yang sedang dijalankan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk kenyataan rasmi DBP melalui pautan ini:  

https://www.facebook.com/109573169113660/posts/5151674491570144/?d=n
Istilah22.03.2021
• Pemimpin mengiktiraf sumbangan daripada orang bawahan untuk menjaga harapan dan penentuan hidup. Mohon pihak DBP untu memperbetulkan struktur ayat diatas dengan kadar segera.Ayat yang diberikan kurang gramatis. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan ayat "Pemimpin menghargai sumbangan daripada orang bawahan demi kemakmuran bersama".Lain-lain02.05.2017
Apakah translasi betul Meet and Greet ialah Temu dan Tegur? "Tegur" di sini boleh disalah faham sebagai memperbetulkan atau ia cuma interaksi bila bertemu? Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk perkataan “meet and greet” ialah “temu mesra”.Makna21.05.2024
Saya amat menghargai slogan "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Sejauh manakah amalan slogan tersebut terpakai dalam memperbetulkan sebutan dan fahaman masyarakat yang tersilap sejak dahulu - merujuk kepada salah satu perkataan di dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar - iaitu perkataan "muhrim" dan "mahram"?Untuk makluman tuan, pelbagai program/aktiviti yang dijalankan oleh DBP bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain Khidmat Nasihat DBP yang membantu menyelesaikan hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP, terdapat banyak program/aktiviti lain yang dilaksanakan oleh DBP. Antaranya ialah Khidmat Pengesahan Bahasa, Pantau Tegur Bahasa, program promosi seperti kerjasama dengan media elektronik dalam rancangan radio, Klinik Jawi, rujukan Siri Pedoman Bahasa dan Lembar Bahasa, serta banyak lagi. Tuan boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui dengan lebih lanjut. DBP sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pengguna bahasa bagi memastikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara digunakan secara betul dan baik. Lain-lain12.09.2013
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.

Lain-lain15.11.2011
Salam Sejahtera, Saya akan mengadakan kursus di sebuat institut yang bernama Akdemi Koreksional, setelah di rujuk, tiada istilah "koreksional" di dalam Kamus rujukan DBP. Menurut laman DBP, teguran telah di lakukan kepada Akdemi tesebut, apakah maklum balas akademi Tersebut? Mohon pihak DBP memperbetulkan penggunaan istilah tersebut terutamanya bagi sesebuah institut kendalian kerajaan. *persoalan dan cadangan ini merupakan persoalan individu dan tidak mewakili jabatan pihak saya, harap maklumUntuk makluman tuan, pihak Jabatan Penjara telah menghantar surat berhubung dengan penggunaan perkataan koreksional dalam hal penamaan akademi tersebut. DBP tidak bersetuju dengan penamaan tersebut, sebaliknya mencadangkan penggunaan perkataan lain, iaitu pemulihan. Sebanyak dua kali pihak Jabatan Penjara berurusan dengan DBP melalui surat, namun DBP kekal dengan keputusan untuk tidak menerima penamaan tersebut. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan tuan dan hal ini akan kami timbulkan semula dalam pemantauan jabatan kerajaan.Lain-lain24.04.2015
12

Kembali ke atas