Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.bu.da/.bu.da/.kan] | ممڤربودق-بودقکن

Definisi : memperlakukan seseorang spt budak-budak (yg dianggap masih mentah, tidak berpengalaman dsb): skuad pelapis bola sepak Pasukan A berjaya ~ Pasukan B dlm pertandingan itu; dia terasa dirinya diperbudak-budakkan oleh sekumpulan pelajar senior; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbudak-budakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang terbaik bagi istilah "infantilization"?Dalam data kami, istilah infantilization masih belum wujud. Cadangan daripada pihak kami padanan yang sesuai terjemahan bagi istilah infantile ialah infantil yang bermaksud memperbudak-budakkan. Maka terjemahan yang sesuai bagi istilah infantilization ialah proses memperbudak-budakkanIstilah24.02.2017
Adakah penggunaan kata ganda dengan imbuhan memper+kan betul dalam contoh berikut: 1.memperkecil-kecilkan 2.mempermain-mainkan 3.memperbudak-budakkan Adakah terdapat syarat hanya kata akar dengan kelas kata tertentu yang dbenarkan menggunakan kata ganda seperti di atas. Contohnya kata akar kata adjektif (memperkecil-kecilkan) adalah betul, manakala kata akar kata kerja (mempermain-mainkan) adalah salah.Yang betul memperkecil-kecil, mempermain-mainkan dan memperbudak-budakkan.  Imbuhan memper- dengan kata adjektif tidak membentuk kata dengan imbuhan memper-kan.  Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 177 untuk keterangan lanjut. Tatabahasa22.05.2008

Kembali ke atas