| 1. memperindahkan atau memperindah 2. memperdalamkan atau memperdalam 3. memperjuangankan atau memperjuang 4. memperelokkan atau memperelok 5. mempertahankan atau mempertahan 6. mempergunakan atau memperguna | Perkataan yang betul ialah memperindah, memperdalam, memperjuangkan, memperelok, mempertahankan dan mempergunakan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
| salam.. saya mahu kepastian.. betulkah dalam satu perkataan,tidak boleh ada 3 imbuhan? seperti memperdalamkan atau memperkenalkan.. dan jika boleh,adakah semua perkataan boleh, atau melibatkan beberapa perkataan sahaja? terima kasih.. | Dalam perkataan tertentu boleh menerima 1, 2 atau 3 imbuhan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja ada diterangkan bentuk apitan memper-...-kan/diper-...-kan dan memper-...-kan/diper-...-i. Kata dasar yang menerima apitan tersebut menghasilkan kata terbitan dengan tiga imbuhan. | Tatabahasa | 10.05.2012 |
| Selamat pagi. Kerja-kerja................ sungai itu dilakukan bagi mengelakkan masalah banjir. A. mendalam B. mendalami C. memperdalam D. memperdalamkan | Saudara Noor, Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukakan ialah : Kerja-kerja memperdalam sungai itu dilakukan bagi mengelakkan masalah banjir. | Tatabahasa | 27.04.2010 |