askm Soalan 1)Pak Latip sering diundang untuk_________gesekan biolanya dalam majlis keramaian yang besar-besar. a)mendengari b)mendengarkan c)memperdengar d)memperdengarkan soalan 2)Pak Amit akan ______anak sulungnya dengan seorang pegawai tentera. a)mempersuamikan b)mempersuami c)bersuamikan d)bersuami tolong berikan jawapan yang betul beserta alasannya tarima kasih | 1. Memperdengarkan. 2. mempersuamikan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Selamat pagi, saya ada soalan tatabahasa untuk bertanya, harap dapat selesaikan. Manakah yang betul ? 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? 3 mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? 6 di belakang amat boleh bubuh sekali tak ? cth. amat cantik sekali Terima kasih. | 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? tiada penjodoh bilangan khusus untuk mangkuk. sebiji dan sebuah adalah penjodoh bilangan yang paling hampir. 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? Dua-dua betul. 3. mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? - terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu. 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? - kakak mengirimkan sepucuk surat kepada datuk. 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik. darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang "sekali" dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh : amat cantik sekali, sungguh pandai sekali,sangat cantik sekali. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
soalan 1. Berapa dan apakah perkataan yang boleh menerima imbuhan memper-----kan. imbuhan ini seakan-akan bentuk lewah dalam bahasa Melayu, bersetujukah tuan? soalan 2. Peribahasa yang digunakan dalam karangan perlu ditulis bagaimana? soalan 3. | Memper...kan bergabung dengan kata nama dan kata kerja membentuk kata kerja. Contoh: memperisterikan;mempersendakan;memperjodohkan;memperdengarkan;memperlihatkan;memperbahaskan. bentuk yang lewah ialah bentuk terbitan dengan apitan memper...i seperti memperolehi,memperbaiki,memperakui. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu hal. 198-201. Peribahasa dalam karangan ditulis terus bersama-sama dengan ayat yang dibina. Contoh: Dia bersikap seperti kacang lupakan kulit. | Tatabahasa | 09.08.2007 |
1)apakah perbezaan antara pelbagai dan berbagai 2) jika ada perkataan mem.....kan tak perlu ada perkataan "tentang" 3) memperluas atau memperluaskan 4) bagaimana penggunaan mem...per...kan | 1. Pelbagai sama makna dengan berbagai-bagai. 2. Terdapat beberapa peraturan dalam penggunaan apitan meN-...-kan, iaitu: i. bentuk apitan meN-...-kan, ii. golongan kata yang boleh bergabung dengan meN-...-kan, iv. jenis kata kerja yang terbentuk, dan iv. aspek makna apitan me-...-kan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. Sementara itu, salah satu makna tentang ialah mengenai, dan penggunaan kata tentang perlu disesuaikan dengan makna yang tersebut. 3. Kata terbitan yang betul ialah memperluas. 4. Kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan untuk membentuk kata kerja, contohnya: isteri (kata nama) - memperisterikan, dengar (kata kerja) - memperdengarkan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 209. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasih | Lagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu. | Makna | 22.09.2014 |