Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ré.lo/]/[mem.per.é.lo/] | ممڤرايلوق

Definisi : menjadikan lebih elok: ~ adat resam kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ré.lo/]/[mem.per.é.lo/] | ممڤرايلوق

Definisi : 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperelok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bina ayat menggunakan perkataan memperelokAni memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya.Tatabahasa20.06.2010
1. memperindahkan atau memperindah 2. memperdalamkan atau memperdalam 3. memperjuangankan atau memperjuang 4. memperelokkan atau memperelok 5. mempertahankan atau mempertahan 6. mempergunakan atau mempergunaPerkataan yang betul ialah memperindah, memperdalam, memperjuangkan, memperelok, mempertahankan dan mempergunakan.Tatabahasa10.07.2012
mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolahmengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan.Tatabahasa19.03.2008
apakah maksud tahsihan atau pentahsihan?tahsihan atau pentahsihan (kata dasarnya tahsis) tiada dalam Kamus Dewan, yang ada ialah tahsin bermaksud hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala aspek spt tajwid, lagu dsb; dan tashih yang bermaksud pengesahan.Makna12.10.2007

Kembali ke atas