Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ris.te.ri.kan]/ | ممڤرايستريکن

Definisi : memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ris.te.ri.kan]/ | ممڤرايستريکن

Definisi : memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakah yang sesuai menggunakan istilah 'mempersuami'. 'memperisteri', 'memperisterikan' dan 'memperisterikan'?Mempersuami/memperisteri  bermaksud menjadikan seseorang itu suami/isteri.Cth. Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang. Cth. pak tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.Tatabahasa05.03.2008
Berikan perbezaan antara memperisteri dengan memperisterikan

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh : Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.

 

Tatabahasa13.05.2008
Saya mahu dapatkan contoh ayat yang menunjukkan perbezaan maksud bagi kata memperisteri / mempersuami dan memperisterikan/ mempersuamikan.tk

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri atau mengahwini. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh: Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. Begitu juga dengan maksud dan perbezaan kata mepersuami menjadikan suami dan mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan). Contohnya: Aminah mempersuami seorang hartawan dan sekarang Ayahanda hendak mempersuamikan anakanda dengan orang ini.

 

Tatabahasa26.02.2011
apakah beza antara penggunaan "memperisteri" dan "memperisterikan"?Memperisteri ialah mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini. Memperisterikan pula ialah memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki).Tatabahasa16.09.2008
(1) Tuk Penghulu akan memperisterikan Azman pada hujung minggu ini. (2) Cikgu Azman akan memperisteri gadis itu pada hujung minggu ini. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan dua objek yang berlainan jantina dalam konteks ayat di atas?Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang itu beristeri. Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu isteri. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam ayat membezakan kedua-dua makna bagi perkataan ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 211.   Tatabahasa12.04.2009
Tolong perjelaskan penggunaan imbuhan merper- , merper......kan.Golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper...kan untuk membentuk kata kerja, contohnya memperisterikan (kata nama) dan memperdengarkan (kata kerja). Manakala bentuk apitan memper...i tidak begitu produktif dan kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper...i wujud atas keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, seperti memperingati. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 177, 208 - 212.Tatabahasa13.07.2010
Adakah penggunaan imbuhan mem, per, kan boleh digunakanApitan memper-...-kan boleh bergabung kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya,

kata nama:

isteri    - memperisterikan

senda - mempersendakan

kata kerja:

dengar -  memperdengarkan

bahas - memperbahaskan

Walau bagaimanpun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, besar - memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah - merperindah (menjadikan bertambah indah).

untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200

Tatabahasa02.05.2013
Untuk frasa apa memper~(kan) ,(kan)tidak wujudSoalan yang dikemukakan tidak jelas.

Jika mengenai apitan memper- kan, apitan ini menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, memperisterikan, mempersendakan, memperdengarkan, memperbandingkan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan ini bersifat transitif, iaitu diikuti oleh objek.

Manakala, akhiran -kan pula ialah akhiran yang membentuk kata kerja. Semua golongan kata utama, iaiatu kata nama, kata kerja, kata adjektif , dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa31.05.2013
Mohon penjelasan daripada tuan yang bijaksana. Saya pernah diberitahu bahawa tidak boleh ada tiga imbuhan bagi satu perkataan. Contohnya : Mempergunakan, memperlekehkan dan sebagainya. Benarkah begitu dan apa rasionalnya?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Untuk kata adjektif hanya memper- digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas.Tatabahasa17.02.2012
SELAMAT PETANG. masalah saya ialah penggunaan imbuhan memper,,,kan dan memper,,,, dengan betul. dalam konteks apa kita boleh gunakan imbuhan tersebut. jenis perkataan yang manakah kita boleh aplikasikan imbuhan ini ?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208 dan halaman 177.Tatabahasa27.02.2012
12

Kembali ke atas