Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP. | Makna | 13.12.2016 |
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya? | Selamat ptg. Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Assalamualaikum. Soalan saya ialah perkataan 'pemerdagangan' yang sekarang ini digunakan untuk memperkatakan isu pemerdagangan orang, adakah betul dari segi penggunaan imbuhan apitan 'peN-...-an'? Apakah kata dasar bagi kata terbitan tersebut? Adakah proses pengimbuhan ini melibatkan peraturan p,t,k,s? Misalnya jika imbuhan 'pen-' berjumpa dengan perkataan yang bermula dengan hurup 'p' misalnya 'pukul' jadi 'pemukul' . . .. Saya harap dapat penjelasan bagaimana boleh terbentuknya kata terbitan 'pemerdagangan' tersebut. Sekian. | Kita lihat kaedah pembentukan kata yang betul, iaitu perkataan perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan pendapat dan pandangan saya terhadap bahasa Melayu sekarang. Sebelum ini saya pernah memperkatakan tentang peminjaman dan serapan istilah-istilah Inggeris dalam bahasa Melayu. Saya sedikit kecewa dan merasa takut jikalau terjadinya penginggerisan keatas bahasa Melayu sepertimana yang berlaku keatas bahasa di negara Papua New Guinea. Kalau kita lihat di sana, bahasa mereka bercampur aduk dengan bahasa Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak serta hilang keaslian bahasa Ibunda mereka. Saya sebenarnya memang bersetuju dengan pendapat dan pandangan pihak DBP dan pakar bahasa Melayu hari ini tentang peminjaman dan serapan bahasa memang berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman serta berlaku dalam semua bahasa di dunia ini. Ya, itu memang benar, tetapi peminjaman dan serapan bahasa yang sangat banyak dan melampau juga boleh merosakkan keaslian dan ketulenan bahasa kita seperti yang berlaku terhadap bahasa di negara Papua New Guinea yang saya terangkan diatas tadi. | Kami ambil maklum dan amat mamahami rasa hati yang tuan nyatakan. DBP selaku badang yang berkepentingan dalam hal pembinaan bahasa dan sastera sentiasa berusaha mengawal pembentukan istilah yang dibuat secara semberono dan sewenang-wenangnya. DBP menaruh kepercayaan kepada pakar bidang dalam pelbagai disiplin ilmu serta pengamal ilmu dalam bidang tersebut yang membina dan menyusun pelbagai istilah. Sehingga kini ratusan ribu istilah telah dibina, namun sayangnya hanya sebilangan sahaja yang digunakan. | Lain-lain | 15.11.2015 |
Sup ayam atau ayam sup? Kari ikan atau ikan kari? | Mengikut Hukum D - M, Kari Ikan. Apabila kita menerangkan jenis masakan gulai lemak atau kari, maka pilihan kita ialah kari dan kari itu ialah kari ikan. Jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Lain-lain | 29.11.2015 |
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. 2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu. 4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Sekian, terima kasih. | Makna | 07.08.2017 |
Assalamulaikum dan Salam Ramadhan. Saya ingin menanyakan mengenai KATA ADVERBA yang baru dimasukkan dalam TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. Saya kurang memahami mengenai Kata Adverba dan kekadang saya amat keliru dengan kata baharu tersebut | Kata Adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja (Beliau selalu memperkatakan hal itu), kata adjektif (Badannya sentiasa sihat), atau frasa sendi nama (Kami serta-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Liku-liku Bahasa (Nik Safiah Karim) | Tatabahasa | 05.09.2008 |
Selamat pagi, pohon semak arahan berikut, terima kasih. a. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda. atau Nyatakan alasan mengapa anda memilih program tersebut. b.Bincangkan dengan rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut. atau Bincangkan bersama-sama dengan rakan anda dan bentangkan hasil perbincangan tersebut. c. Tuliskan Kanji di tempat yang bergaris. atau Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris. atau Tuliska Kanji di ruang yang bergaris. d. Tahukah anda tentang amalan hidup orang Jepun? Dapatkan maklumat dan lengkapkan jadual berikut. atau Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan. e. Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. atau Rakan-rakan anda menceritakan tentang perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. f. Baca itinerari yang disediakan oleh Zul. atau Baca jadual yang disediakan oleh Zul. g. Apabila kita memperkatakan negara Jepun,,,,,, atau Apabila kita memperkatakan tentang negara Jepun.... | 1. Nyatakan alasan terhadap program pertukaran pilihan anda. 2. Bincangkan bersama-sama rakan anda dan bentangkan hasil dapatan tersebut. 3. Tuliskan Kanji pada ruangan yang bergaris. 4. Tahukah anda tentang kehidupan seharian orang Jepun? Dapatkan maklumat daripada sumber yang sesuai dan lengkapkan jadual yang disediakan. 5. Rakan-rakan anda menceritakan perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Bina ayat berdasarkan contoh. 6. Lihat jadual yang disediakan oleh Zul. 7. Apabila kita memperkatakan negara Jepun... | Tatabahasa | 11.05.2014 |
salam...saya agak kurang faham dengan kata adverba. soalan saya, adakah setiap perkataan selepas kata kerja merupakan kata adverba ? Adakah setiap kata adverba itu perlu diikuti selepas kata sendi nama?? | Untuk lebih memahami kata adverba kita perlu memahami fungsi kata tersebut iaitu menerangkan kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama, contohnya; "Beliau selalu memperkatakan hal itu", "Anaknya datang ke sini diam-diam". Kedua-dua contoh ini kata adverba yang menerangkan kata kerja dan jika diperhatikan kata adverba dapat hadir sama ada sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (kata kerja). Contoh lain; "Kami serat-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu" dan "Orang tua itu itu selalu ke tepi tasik menyendiri". kata adverba yang merangkan frasa sendi nama. Kata adverba juga dapat hadir sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (frasa sendi nama - bukan kata sendi nama). | Tatabahasa | 11.03.2009 |