Tuan, Ayat berikut adalah benar atau tidak tentang penggunaan memperkawan dan memperkawankan? 1. Sue ingin memperkawan Mei Ling. 2. Aliza ingin memperkawankan Sue dengan Mei Ling selepas pertengkaran yang berlaku antara Sue dengan Men Ling dua bulan yang lalu. Terima kasih. Cik Ong | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memperkawankan bermaksud mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (berkenaan orang yang belum kenal-mengenal, orang yang bermusuhan) manakala memperkawan berkawan dengan seseorang. Daripada maksud yang diberikan, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 11.10.2016 |
Jika kata "memperkawani" wujud dalam bahasa Melayu, apakah maksud kata "memperkawani"? | Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan. Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain. | Makna | 10.01.2015 |
Tuan, saya memaklumi bahawa adanya perkataan "memperkawani", tetapi mengapakah saya tidak menjumpai kata "memperkawani" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua? Adakah kata "memperkawani" benar-benar wujud dalam bahasa Melayu? | Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan. Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain. | Makna | 10.01.2015 |