Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.ya] | ممڤرکاي

Definisi : 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.ya] | ممڤرکاي

Definisi : menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan imbuhan 'memper' tidak 'consistent' antara guru-guru dan penulis buku bahasa seperti memperoleh,memperkaya dll. Perlukah akhiran 'kan' dan 'i' dijatuhkan jika imbuhan 'memper' digunakan?bAwalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya, memperalat, memperluas dan memperoleh. Hanya terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan memper-...kan dengan kata dasar, iaitu 'yang membawa pengertian kausatif (menjadikan atau menyebabkan)' seperti mempertemukan; dan 'yang membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan' seperti memperdengarkan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 170.Tatabahasa03.03.2007
Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBPPeranan DBP selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.Lain-lain04.04.2013
apakah peranan Dewan Pustaka Dan Bahasa?Peranan DBP adalah bersamaan dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Lain-lain31.07.2007
Tolonglah, jadikan Gerbang Kata lebih elok. Tiada langsung butang untuk ke Dunia Kata - Bual Kata. Saya terpaksa tulis alamat web ini sendiri http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx bagaimana mahu rakyat Malaysia menggembleng tenaga memperkaya bahasa Melayu jika lamannya tak mesra pengguna?Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Pembangunan Istilah Sains dan TeknologiAntara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa.Tatabahasa04.04.2013
Kepada yang berkenaan, Mohon semakan dan pengesahan bagi terjemahan "Enriching Statistics in an Inter-connected and Digital World" kepada "Memperkayakan Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung" adalah sesuai dan tepat.Terjemahan yang tepat ialah "Memperkaya Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung".Penyemakan dan penterjemahan05.08.2015
Tuan, apakah peranan DBP: 1. Secara langsung kepada sekolah 2. Secara tidak langsung kepada sekolah

Assalamualaikum,

 Saudari Ramziah.

 6 fungsi utama DBP ialah:

1. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.

2. Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

3. Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

4. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

6. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

 

Berdasarkan fungsi utama di atas, peranan secara langsung DBP kepada sekolah adalah yang berkaitan dengan usaha penyebaran ilmu pengetahuan melalui penerbitan buku dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:

1. Menerbitkan buku teks untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah.

2. Menerbitkan majalah yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah seperti Dewan Pelajar dan Dewan Siswa. Majalah-majalah lain yang juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar ialah Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Ekonomi. Dewan Kosmik dan Dewan Bahasa.

3. Menerbitkan Kamus untuk kegunaan pelajar misalnya KAMUS MELAYU-INGGERIS (EDISI PELAJAR), KAMUS ARAB-MELAYU RENDAH DEWAN, KAMUS MELAYU-INGGERIS DEWAN, KAMUS TAMIL-MELAYU DEWAN, KAMUS MANDARIN-MELAYU DEWAN dan banyak lagi. Kesemua kamus ini masih dalam proses penerbitan dan ada yang dijangka terbit dalam tahun 2010 dan 2011.

 

Manakala peranan secara tidak langsung adalah yang berkaitan dengan usaha mengembangkan minat pelajar serta guru dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi serta memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pelajar dan guru seperti berikut:

   1.Program Kebahasaan:

     -Pertandingan Forum Pelajar  (untuk pelajar sekolaj jenis kebangsaan)

     -Pertandingan Forum Remaja

     - Peraduan Mengarang Esei

     -Pertandingan Koir

     -Pertandingan Deklamasi Puisi

    -Pertandingan Pidato

     -Pertandingan Bercerita

 

     2.Program pengembangan kesusasteraan :

                    1. Sesi bercerita.  2. Program 'Seronoknya Membaca'.   3. Minggu Penulis Remaja.  4.Bengkel Penulisan Hadiah Tunas Remaja. 5. Program Kelab Tunas Renaja. 6. Kuiz Sastera Perdana  7. Bengkel Penghayatan Sastera KOMSAS untuk Guru. 8. Bengkel Teknik Bercerita Untuk Jurulatih(Guru) 9. Ceramah Sastera di sekolah. 10. Bengkel Penulisan untuk Pelajar Sekolah dan lain-lain lagi.

Selain aktiviti yang dinyatakan di atas, sebenarnya ada banyak lagi yang tidak disebutkan. Terdapat program atau aktiviti yang berlainan dilaksanakan oleh DBP di peringkat cawangan seperti Sabah dan Sarawak dan di pejabat Wilayah DBP di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Namun kesemuanya menjurus ke arah matlamat meningkatkan kecintaan dan kemahiran penggunaan bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar dan guru. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan oleh DBP melalui kerjasama dengan pihak lain seperti sekolah, Jabatan Pelajaran Malaysia di peringkat negeri serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

 Sekian terima kasih.

AZHAR MOHD. DORA

Bhg. Dasar dan Pembangunan Korporat DBP

azhar@dbp.gov.my

Lain-lain12.07.2010
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM PEMBANGUNAN ISTILAH SAINS DAN TEKNOLOGIAntara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku atau makalah  yang berkaiatan dengan tajuk untuk memudahkan saudara menyiapkan tugasan tersebut. Sila layari laman web kami, tuliskan tajuk yang berkaitan dengan tugasan dan klik domain Buku atau Artikel untuk mendapatkan senarai berkenaan. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan.Lain-lain11.04.2013
Apakah bidang tugas DBP yang sebenarnya ? Adakah sekadar menerbitkan buku-buku atau menyemarakkan minat orang awam terhadap Sastera ?

 Untuk makluman puan, terdapat 6 matlamat utama penubuhan DBP, matlamat-matlamat tersebut ialah:

1) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi

2) Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan

3) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain

4) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

5) Menggalakkan peggunaan bahasa kebangsaan yang betul

6) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.  

Untuk mengetahui dgn. lebih lanjut sila rujuk bahan ini :

 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 .

 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 .

3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988

4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 .

 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996

 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 .

7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 .

8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.

Lain-lain01.03.2009
mengapakah perlunya peminjaman bahasa asing dilakukan ke dalam bahasa Melayu?Pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dan Arab, bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. peminjaman bunyi-bunyi bahasa ini ialah untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu.Lain-lain05.10.2006
1234

Kembali ke atas