Tuan, bagaimana untuk memperkemas ayat berikut? Tiba di perkarangan sekolah, kelihatan ramai ibu bapa yang sudah sedia menunggu kepulangan anak masing-masing. | Kelihatan ramai ibu bapa yang sudah sedia menunggu kepulangan anak masing-masing di perkarangan sekolah. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas? | Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
SELAMAT PETANG. masalah saya ialah penggunaan imbuhan memper,,,kan dan memper,,,, dengan betul. dalam konteks apa kita boleh gunakan imbuhan tersebut. jenis perkataan yang manakah kita boleh aplikasikan imbuhan ini ? | Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208 dan halaman 177. | Tatabahasa | 27.02.2012 |
Mohon penjelasan daripada tuan yang bijaksana. Saya pernah diberitahu bahawa tidak boleh ada tiga imbuhan bagi satu perkataan. Contohnya : Mempergunakan, memperlekehkan dan sebagainya. Benarkah begitu dan apa rasionalnya? | Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Untuk kata adjektif hanya memper- digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas. | Tatabahasa | 17.02.2012 |