Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat, menerima (men­capai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ro.léh]/[mem.per.o.léh] | ممڤراوليه

Definisi : mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Peribahasa

Jatuh berkait.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu kerana diminta.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada sedikit kemusykilan dengan tatabahasa ini iaitu.. memperoleh dan memperolehi.Soalan saya adakah memperolehi boleh digunakan ataupun perlu menggunakan memperoleh?Ejaan yang betul ialah memperoleh.Tatabahasa08.05.2013
mana satu yang betul? 1. 'mempercepat' atau 'mempercepatkan'? 2. 'memperoleh' atau 'memperolehi'?Yang betul ialah mempercepat dan memperoleh. Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. Bagi kata memperoleh 'memper... 'apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja membawa makna mendapat sesuatu.Tatabahasa29.05.2007
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan penggunaan perkataan "memperoleh". Setahu saya, berdasarkan Kamus dewan bahasa keempat, hanya wujud perkataan 'memperoleh'. adakah ini benar kerana masih ada sesetengah artikel yang saya baca masih menggunakan perkataan memperolehi. Adakah perkataan 'memperolehi' sudah tidak boleh digunakan dalam semua ayat?Betul seperti yang diketahui, kata terbitan yang betul ialah memperoleh, dari kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan beroleh, memperoleh, perolehan pemeroleh dan pemerolehan.Tatabahasa11.01.2012
BAGAIMANA PENGGUNAAN KATA 'MEMPEROLEH' DAN 'MEMPEROLEHI'?Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: Contoh ayat, ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidupLain-lain13.08.2010
memperolehi atau memperoleh yang mana satu betul dan sebabnyaEjaan yang betul ialah memperoleh.Tatabahasa26.04.2007
Mana satukah yang betul? Memperoleh atau memperolehi? Diperoleh atau diperolehi?Perkataan yang betul adalah memperoleh dan diperolehEjaan03.10.2011
Kita dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita sering berkunjung ke perpustakaan. ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini?Ayat yang gramatis - Kita memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita sering berkunjung ke perpustakaan.Tatabahasa01.08.2013
Iman selalu memperoleh hadiah ( dari / daripada) peraduan yang disertai di sebuah (pasar raya/ pasaraya) . yang manakah pilihan yang betul dalam kurungan. terima kasihImam selalu memperoleh hadiah daripada peraduan yang disertai di sebuah pasar raya.  Sila rujuk laman prpm.gov.my untuk keterangan lanjut.Tatabahasa16.01.2013
Apakah beza antara 'memperolehi' dgn 'memperoleh'? Jika kedua-duanya boleh digunakan, bagaimanakah penggunaan kedua-dua perkataan ini dalam ayat ?Yang betul ialah memperoleh.Tatabahasa29.08.2008
Assalammualaikum... Saya hendak mengetahui beza antara memperoleh dan memperolehi.Harap dapat sedikit penjelasan.Terima kasih. Mohd NorKata terbitan yang betul ialah memperoleh (kata dasar oleh + imbuhan memper-).Tatabahasa24.12.2011
12345678910...

Kembali ke atas