Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sau.da.ra.kan] | ممڤرساوداراکن

Definisi : menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersaudarakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Adakah benar tidak ada penambahan 3 imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Contohnya, mempertahankan, memperkemaskan, memperindahkan, mempersaudarakan dan lain-lain lagi. JIka tidak benar, apakah prinsip atau rumus untuk mengetahui bahawa terdapat 3 penambahan imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Terima kasih.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, terdapat apitan kata kerja mempeR-...-kan. Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "mempeR-...-kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan (kata kerja), memperisterikan, memperbudakkan (kata nama) dll.   Apitan mempeR-...-kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan mempeR-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208. 

Tatabahasa10.12.2010

Kembali ke atas