Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sen.da.kan] | ممڤرسنداکن

Definisi : mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, me­ngejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sen.da.kan] | ممڤرسنداکن

Definisi : menjadikan sesuatu sbg bahan utk bersenda (mengejek dsb); mem­per­mainkan: Tidak baik ~ orang-orang yg cacat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senda (kata nama)
Bersinonim dengan senda gurau, kelakar, lawak, kecindan, jenaka, seloroh, olok-olok;,
Kata Terbitan : bersenda, mempersendakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasihDalam proses.Tatabahasa19.07.2010
Adakah penggunaan imbuhan mem, per, kan boleh digunakanApitan memper-...-kan boleh bergabung kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya,

kata nama:

isteri    - memperisterikan

senda - mempersendakan

kata kerja:

dengar -  memperdengarkan

bahas - memperbahaskan

Walau bagaimanpun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, besar - memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah - merperindah (menjadikan bertambah indah).

untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200

Tatabahasa02.05.2013
Untuk frasa apa memper~(kan) ,(kan)tidak wujudSoalan yang dikemukakan tidak jelas.

Jika mengenai apitan memper- kan, apitan ini menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, memperisterikan, mempersendakan, memperdengarkan, memperbandingkan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan ini bersifat transitif, iaitu diikuti oleh objek.

Manakala, akhiran -kan pula ialah akhiran yang membentuk kata kerja. Semua golongan kata utama, iaiatu kata nama, kata kerja, kata adjektif , dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa31.05.2013
Mohon penjelasan daripada tuan yang bijaksana. Saya pernah diberitahu bahawa tidak boleh ada tiga imbuhan bagi satu perkataan. Contohnya : Mempergunakan, memperlekehkan dan sebagainya. Benarkah begitu dan apa rasionalnya?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Untuk kata adjektif hanya memper- digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas.Tatabahasa17.02.2012
soalan 1. Berapa dan apakah perkataan yang boleh menerima imbuhan memper-----kan. imbuhan ini seakan-akan bentuk lewah dalam bahasa Melayu, bersetujukah tuan? soalan 2. Peribahasa yang digunakan dalam karangan perlu ditulis bagaimana? soalan 3.Memper...kan bergabung dengan kata nama dan kata kerja membentuk kata kerja. Contoh: memperisterikan;mempersendakan;memperjodohkan;memperdengarkan;memperlihatkan;memperbahaskan. bentuk yang lewah ialah bentuk terbitan dengan apitan memper...i seperti memperolehi,memperbaiki,memperakui. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu hal. 198-201. Peribahasa dalam karangan ditulis terus bersama-sama dengan ayat yang dibina. Contoh: Dia bersikap seperti kacang lupakan kulit.Tatabahasa09.08.2007
SELAMAT PETANG. masalah saya ialah penggunaan imbuhan memper,,,kan dan memper,,,, dengan betul. dalam konteks apa kita boleh gunakan imbuhan tersebut. jenis perkataan yang manakah kita boleh aplikasikan imbuhan ini ?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208 dan halaman 177.Tatabahasa27.02.2012
Mengapakah imbuhan memper... kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif?

Puan Siti, jawapan yang boleh saya berikan adalah seperti yang berikut:

-golongan kata yang boleh bergabung dengan apitan memper...kan ialah golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja, contohnya,

kata nama

isteri    - memperisterikan

senda - mempersendakan

kata kerja

dengar -  memperdengarkan

bahas - memperbahaskan

manakala awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah.Contohnya besar...memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar), indah ... merperindah (menjadikan bertambah indah)

untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200

Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. 

Tatabahasa10.02.2009
kekeliruan tentang penggunaan kata kerja transitif. Perbezaan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran -memper.....kan, memper......i dan memper...... .Contoh perkataan mempercepatkan , mempercepatKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.

Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. 

Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`.
Tatabahasa17.07.2013

Kembali ke atas