Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sua.mi.kan] | ممڤرسواميکن

Definisi : mengahwinkan (anak perempuan): sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dgn orang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sua.mi.kan] | ممڤرسواميکن

Definisi : menjadikan bersuami; mengahwinkan (anak perempuan): Tidak lama lagi, beliau hendak ~ anak gadisnya yg bongsu pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suami (kata nama)
Bersinonim dengan laki, zaujun, teman hidup;,
Kata Terbitan : bersuami, bersuamikan, mempersuamikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mahu dapatkan contoh ayat yang menunjukkan perbezaan maksud bagi kata memperisteri / mempersuami dan memperisterikan/ mempersuamikan.tk

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri atau mengahwini. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh: Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. Begitu juga dengan maksud dan perbezaan kata mepersuami menjadikan suami dan mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan). Contohnya: Aminah mempersuami seorang hartawan dan sekarang Ayahanda hendak mempersuamikan anakanda dengan orang ini.

 

Tatabahasa26.02.2011
askm Soalan 1)Pak Latip sering diundang untuk_________gesekan biolanya dalam majlis keramaian yang besar-besar. a)mendengari b)mendengarkan c)memperdengar d)memperdengarkan soalan 2)Pak Amit akan ______anak sulungnya dengan seorang pegawai tentera. a)mempersuamikan b)mempersuami c)bersuamikan d)bersuami tolong berikan jawapan yang betul beserta alasannya tarima kasih1. Memperdengarkan. 2. mempersuamikan.Tatabahasa07.05.2010
Tuan, (a) Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. ATAU 2. Encik Lim memperisteri anaknya dengan calon angkasawan. (b) Peribahasa manakah betul: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi. ATAU 2. Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah lelaki)
Encik Lim mempersuamikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah perempuan)


Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk peribahasa yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Lain-lain22.01.2019

Kembali ke atas