Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima? | 1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik. 2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 18.06.2015 |
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul? | Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah".
| Tatabahasa | 05.07.2013 |
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul? |
Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah". | | | Tatabahasa | 04.07.2013 |
1.mengapa dan bagaimana cara untuk mempertahankan,memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek? | Soalan saudara memerlukan kajian yang meluas dan merujuk pelbagai buku yang berkaitan. Antara usaha penting untuk mempertahankan, memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek ialah memperkasakan penggunaannnya di kalangan penutur. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 16.04.2009 |
1. memperindahkan atau memperindah 2. memperdalamkan atau memperdalam 3. memperjuangankan atau memperjuang 4. memperelokkan atau memperelok 5. mempertahankan atau mempertahan 6. mempergunakan atau memperguna | Perkataan yang betul ialah memperindah, memperdalam, memperjuangkan, memperelok, mempertahankan dan mempergunakan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |
Apakah maksud : 1. Konservatif 2.Salafi. 3.Khalaf Boleh berikan contoh ayat untuk pemahaman | (i) Konservatif = bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yang telah menjadi tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Ayat : Usul supaya sistem pendidikan diubah telah ditentang oleh pihak konservatif. (ii) Salafi = ulama yang hidup pada masa tiga abad pertama Hijrah. Ayat : Ulama salafi ... (iii) Khalaf = ulama yang hidup selepas tiga abad pertama Hijrah. | Makna | 14.10.2006 |
1. Kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Oleh itu, adakah ayat berikut boleh diterima? Perajurit berjuang demi mempertahankan negara. 2. Kata pemeri ialah diikuti dengan kata nama. Betulkah ayat yang berikut? Pekerjaannya ialah menternak ikan. | 1. Ayat tersebut betul kerana frasa sendi nama boleh boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. 2. Ayat yang betul ialah Pekerjaannya ialah penternak ikan. | Tatabahasa | 09.06.2010 |
1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih | 1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring. 2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |
Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya. | Istilah | 31.10.2015 |