Apa bezanya antara "Pertukaran" dengan "Penukaran"? | Pertukaran ialah perihal bertukar (mempertukarkan), atau disebut juga pergantian, manakala penukaran ialah perihal menukarkan atau pemindahan. | Makna | 24.10.2014 |
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul | 1. Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain. 2. Ejaan yang betul ialah pewujudan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |