Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menjadikan sesuatu sbg pesona. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesona (kata nama)
Bersinonim dengan mantera, guna-guna, jampi, sihir;,
Kata Terbitan : mempesona, mempesonakan, terpesona,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Adakah semua imbuhan meN..kan/ 'meN...i membentuk kata kerja terbitan? Jikalau ya,adakah perktaan 'menakjubkan' (dari kata adjektif)juga kata kerja terbitan? Bolehkah perkataan ini didahului kata penegas 'amat', yang menyokong kata adjektif? Perkataan lain yang sekedudukan dengannya seperti melestarikan, mempesonakan, mengagumkan dan sebagainya.Terdapat kata kerja transitif yang membawa makna adjektif seperti pada halaman 555 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata kerja transitif yang membawa makna adjektif boleh menerima kata penguat amat.Tatabahasa08.02.2017
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya ‘menarik hati’ Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata ‘menarik hati’? A. Meyakinkan B. mempersonakanJawapan yang betul ialah mempesonakan.Tatabahasa11.09.2013
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle.
40. D.Mempesonakan
Tatabahasa12.09.2013
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan.

 Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir).

Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti.   

Makna01.08.2008
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China

 

2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China

 

3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat

 

4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara

 

5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara

 

6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan

 

7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China

 

Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Penyemakan dan penterjemahan22.05.2021

Kembali ke atas