Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pro.mo.si.kan] | ممڤروموسيکن

Definisi : melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pro.mo.si.kan] | ممڤروموسيکن

Definisi : melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempromosikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih.Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN  DI PULLMAN, KLCC.Lain-lain13.04.2018
TV3 dan TV9 sedang mempromosikan melalui siarannya akan menganjurkan Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) seperti yang telah diadakan 2 kali sebelum ini. Pada pandangan saya, nama festival ini bertentangan dengan hukum DM yang sepatutnya `Festival Drama Kuala Lumpur’. Jika nama acara ini tidak tepat, saya ingin memohon kerjasama DBP memaklumkan dengan segera kepada urus setia di TV3 dan TV9 agar tidak berlaku kesilapan yang akan mengelirukan pengguna bahasa. --Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan. Untuk pengetahuan tuan, isu ini telah kami maklumkan kepada pihak penganjur iaitu TV3 untuk membuat pembetulan bagi penggunaan tajuk program tersebut. Pihak DBP telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan. Sekian terima kasihLain-lain20.12.2016
Tuan, pihak agensi akan mempromosikan Program HASiL 4U yang membawa makna setiap akronim seperti berikut: HA -Hari , S-Servis, I-Istimewa, L-LHDNM, 4U - Untuk Anda. Mohon khidmat nasihat tuan jika ianya bersesuaian.Pada pandangan kami, nama Program HASil 4U tidak sesuai digunakan kerana penggunaan bahasa rojak iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. 

Kami mencadangkan 4U ditukarkan kepada UNTUK ANDA, iaitu Program HASil UNTUK ANDA.
Tatabahasa28.06.2013
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara?

Salam sejahtera.  Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah :

a.  MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.  Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini.  c. Majlis Bahasa  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah  sebuah majlis  yang  ditubuhkan  untuk  merancang  dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini  yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.     Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.   d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. 
Lain-lain09.09.2008
Mohon disemak penggunaan bahasa dalam iklan yang disertakan. Bahan ini digunakan sebagai medium pengiklanan mempromosikan kemudahan-kemudahan sukan dibawah pentadbiran Lembaga Sukan Negeri Sabah.Sila buat pindaan seperti yang berikut: 
1. Singkatan ejaan Tel. :
2. Frasa Tertakluk pada terma dan syarat
Tatabahasa07.05.2012
berkaitan dengan sulaman,apakah nama yang menarik untuk membuat kertas kerja bagi sebuah syarikat yang mempromosikan sulaman ke peringkat antarabangsa?Tajuk mestilah jelas dan mudah difahami untuk menarik minat pembacanya. Antara nama kami anggap sesuai termasuklah 'Sulaman: Warisan Bangsa', walau bagaimanapun saudara boleh memilih nama lain yang bersesuaian dengan konsep kertas cadangan tersebut.Lain-lain13.01.2011
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka.

 

Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran.

Makna04.01.2011
Assalamualaikum, Saya ingin tahu samada penggunaan perkataan "terbabit" dalam contoh ayat berikut adalah betul dan tepat penggunaannya: "Pihak PIBG sekolah akan membantu mempromosikan aktiviti terbabit". Sejak kebelakangan ini, saya mendapati perkataan "terbabit" sering digunakan oleh pembaca berita televisyen dan radio. Adakalanya saya merasakan penggunaannya itu tidak sesuai dengan konteks sesuatu ayat, contohnya "terbabit" digunakan di akhir ayat untuk menggantikan perkataan "tersebut", seperti contoh ayat di atas. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan terbabit bermaksud terlibat dalam sesuatu perkara.Perkataan terlibat bermaksud terbabit. Oleh itu, penggunaan perkataan dalam ayat tersebut betul.   Makna16.05.2008
Assalamualaikum, saya Abdul Wafi bekerja sebagai seorang penulis bebas di laman sesawang. Saya membaca banyak buku-buku terbitan DBP dan berminat untuk menulis apa yang saya baca ke laman-laman sesawang sebagai perkongsian ilmu dan mempromosikan buku yang saya baca. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk mendapat kebenaran Hak Cipta Terpelihara dari pihak DBP?Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.02.2017
salam..murid yg menyertai pesta buku abangsa ini, diberikan sijil penyertaan dan penghargaan @ tidakSalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan semua aktiviti di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 adalah berbentuk aktiviti untuk mempromosikan produk DBP. Oleh itu, tiada sijil penyertaan atau penghargaan diberikan kecuali ada bahagian-bahagian di jabatan tertentu menyediakan sijil-sijil atas dasr jemputan menyertai atau penghargaan kerana mengikuti. Moga maklumat ini dapat membantu. Sekian.Lain-lain22.04.2014
123

Kembali ke atas