Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pu.nya.i] | ممڤوڽاءي

Definisi : ada menaruh atau menyimpan sesuatu; ada yg dimilikinya; memiliki: Ayahnya ~ harta yg banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punya
Kata Terbitan : berpunya, mempunyai, kepunyaan,

Peribahasa

Bertilam pasir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bagaimanakah penggunaan 'ada, terdapat, mempunyai'?Ada dan mempunyai membawa maksud yang hampir sama, klik mempunyai">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mempunyai untuk melihat penggunaan perkataan tersebut, dan klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terdapat untuk melihat penggunaan terdapat.Tatabahasa13.10.2014
selamat petang saya ingin tahu peebezaan antara banyak mempunyai pengalaman dan mempunyai banyak pengalaman. sekian terima kasih aiFrasa kerja transitif mempunyai banyak pengalaman betul dan tepat berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh penulis buku Tatabahasa Dewan.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa perkataan banyak mempunyai dwifungsi. Pertama, perkataan banyak dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu. Oleh itu, perkataan banyak ini boleh hadir selepas kata nama. Selain itu, frasa banyak pengalaman merupakan frasa nama. Oleh yang demikian, frasa tersebut boleh hadir selepas kata kerja transitif mempunyai.
Tatabahasa14.06.2014
Tuan, bolehkah tuan memberikan keterangan kepada saya tentang pendapat Nik Safiah Karim mengenai kata "banyak"? Bukankah Nik Safiah Karim mengatakan bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi? Jadi, frasa "mempunyai banyak pengalaman" atau "banyak mempunyai pengalaman" betul? Minta tuan terangkan kedudukan kata "banyak" berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim.YBhg. Datuk Nik Safiah Karim merupakan salah seorang panel buku Tatabahasa Dewan maka pendapat beliau adalah seperti dalam buku Tatabahasa Dewan.  Frasa yang betul ialah ...mempunyai banyak pengalaman.Tatabahasa11.01.2015
Ingin mendapat kepastian: 'ada' dan 'mempunyai' digunakan untuk manusia dan haiwan sahaja? Contoh: Kucing itu mempunyai sepasang mata yang bersinar. 'terdapat' digunakan untuk benda tidak bernyawa? Contoh: Rumah saya terdapat tiga bilik.Perkataan "ada" dan "mempunyai" tidak semestinya digunakan untuk manusia dan haiwan sahaja. Contohnya ayat "Ada pokok yang bergetah dan ada yang tidak". "Pokok itu mempunyai dahan yang banyak". "Terdapat" boleh digunakan untuk benda bernyawa atau tidak bernyawa. Contoh "Terdapat banyak pokok..."Tatabahasa13.10.2014
Ayat yang manakah benar? 1. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. 2. Menjaga kebersihan sekolah banyak mempunyai kepentingan.Ayat 1 lebih tepat. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan.Tatabahasa25.03.2019
Ayat yang manakah betul? (a) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak dikecualikan. (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali.Ayat yang betul:

(b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali.
Makna28.10.2015
Salam sejahtera, Saya ingin tahu, ayat yang manakah betul. 1. karya seni mempunyai nilai estetika. 2. karya seni mempunyai nilai estetik. Terima kasihKarya seni mempunyai nilai estetik.Tatabahasa24.06.2016
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga.1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang.
2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.
Tatabahasa26.09.2013
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya telah melampirkan soalan saya. Terima kasih.Kecinaan bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Cina, kearaban bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Arab, kemelayuan juga bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Melayu. Maka ketiga-tiga kata ini ialah kata adjektif. Jika ada pandangan lain yang menolak pandangan ini, kami akan kemukakan kepada mereka yang ahli khususnya penyusun buku Tatabahasa Dewan. Kami menerima pakai rumus yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan tentang apitan ke...an dan jenis kata yang terhasil daripadanya.Tatabahasa29.01.2014
Apakah perbezaan antara 'mempunyai' dengan 'terdapat? Contoh: 1) Sekolah ini terdapat sebuah taman yang cantik. 2) Sekolah ini mempunyai sebuah taman yang cantik. Yang manakah betul?
Kata mempunyai merupakan kata kerja transitif bermaksud memiliki, ayat yang betul ialah  Sekolah ini mempunyai sebuah taman yang cantik.
Tatabahasa12.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas