Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mua.fa.kat.kan] | مموافقتکن

Definisi : 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mua.fa.kat.kan] | مموافقتکن

Definisi : membincangkan atau membicarakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memuafakatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, 1. Gelaran Munsyi Faizah atau Faizah Munsyi yang betul? 2. Dalam Kamus Dewan, perkataan 'pemuafakatan' untuk disesuaikan dengan 'memuafakatkan' tidak ada. Mengapa? 3. Dalam buku atur cara, perkataan 'persegaran' diguna pakai sedangkan dalam Kamus Dewan tidak ada. Mengapa? 4. Perkataan merarau = makan tengah hari. Bagaimana pula dengan makan petang dan makan selepas jam 10.00 malam? 5. Adakah maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama? Terima kasih.1. Gelaran yang betulan ialah Munsyi Faizah 
2. Perkataan permuafakatan digunakan untuk merujuk perihal bermuafakat dan perihal muafakat bermaksud kemuafakatan. 
3. Persegaran tidak digunakan kerana tidak merujuk perihal bersegar sebaliknya yang betul ialah penyegaran bermaksud perihal menyegarkan sesuatu. 
4.  Bagi makan petang lebih sesuai digunakan minum petang atau kudapan dan selepas pukul 10.00 ialah makan lewat malam.
5. Maksud peribahasa melepaskan batuk/batok di tangga sama?
Tatabahasa27.04.2012

Kembali ke atas