Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muat.kan] | ممواتکن

Definisi : 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiar­kan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.muat.kan] | ممواتکن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu (spt barang-barang) ke kapal, kereta dsb; mengisikan: Kelasi-kelasi pun ~ beras itu ke dlm kapal. 2 memasukkan atau menempatkan sesuatu dlm surat khabar; menyiarkan sesuatu dlm majalah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:

  1. Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
  2. Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
Tatabahasa30.01.2018
Yang mana satu betu? Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis. Saya perlukan penjelasan dari sistem bahasanya. Terima kasih.Soalan:
Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis.
Jawapan:
Pak Ali memuati raga itu dengan buah manggis.
Huraian: "Memuati" = memenuhkan sesuatu dengan barang-barang dan sebagainya.
"Memuatkan" = memasukkan sesuatu seperti barang-barang ke dalam sesuatu...
Tatabahasa29.10.2014
Kamus ekabahasa yang paling tua?Secara keseluruhan edisi terkini memuatkan ________jumlah kata baharu yg berupa kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk? KamusDewan mutakhir memuatkan ______kata baharu?Ensiklopedia tertua berasal dari mana?Penyusu kamus ekabahasa yang pertama ialah_________.Apakah maksud menterjemah?Perkataan Serban berasal dari _______.Kamus ekabahasa tertua ialah Kitab pengetahuan Bahasa : iaitu Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau-Lingga. Dikarang di Riau pada tahun 1858 oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad. Entri baru dalam Kamus Dewan Edisi Keempat berjumlah 5843 meliputi kata umum, istilah umum, kata serapan Arab, dan  kata slanga. Sejumlah 375 kata diberi peluasan makna. Kata serban berasal dari Parsi (sumber : Prof Adelaar (Bausani) dan Kamus Wilkinson)Lain-lain06.02.2008
Salam, Boleh tak sekiranya kalau kami ingin meminta kebenaran tuan/puan untuk memuatkan link tuan/puan ke dlm laman kami. Dan kami juga ingin meminta tuan/puan utk turut sama berkongsi memuatkan link kami ke dlm laman tuan/puan.Wassalam, pihak tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat (03-21479485/9483) untuk bertanyakan permintaan tersebut. Terima kasih.Lain-lain18.11.2015
Saya diminta untuk membuat brosur seminar pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur ituBrosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.Lain-lain19.05.2011
Adakah ayat berikut betul: Ayah memuatkan lori dengan barang-barang.Ayat tersebut betul.Tatabahasa04.07.2019
Salam Hurmat, Beberapa tahun dulu Dewan Satera ada memuatkan artikel tentang tokoh penulis lama bernama A.Salam (Abdul Salam bin Ayob) dari Singapura. Boleh sekiranya saya dapatkan maklumat tersebut yang merupakan satu muka surat saja. Terima kasih.Berdasarkan carian kami, tidak ada maklumat tentang artikel yang tuan maksudkan, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=A.+Salam&d=3 untuk maklumat lanjut.
Lain-lain16.07.2014
Minta tolong salurkan aduan ini kepada pentadbir Gerbang Kata. Sila beri pilihan untuk memuatkan lebih daripada 20 (mungkin seratus atau dua ratus sekali gus) istilah dalam satu halaman. Sangatlah sukar untuk membaca sekilas kerana sudah lebih 30 halaman.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Saya diminta untuk membuat brosur seminar sastera pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu
Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya.
Lain-lain19.05.2011
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
123

Kembali ke atas