Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.lau.kan] | ممولاوکن

Definisi : 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.lau.kan] | ممولاوکن

Definisi : 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulau1 (kata nama)
Kata Terbitan : memulaukan, pemulauan,
Rujuk :darat, daratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih

Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan  harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan  idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan  semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan  keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. 

Tatabahasa11.10.2010

Kembali ke atas